BREAKING NEWS

PERGHHH!!! Awek Cun ni menangis bila tatap wajah Nik Aziz..

Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi kelmarin.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.


Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.

8 ulasan :

  1. Tak apa lah kalau dia nak berhijrah ke keadaan yang lebih baik. Cuma jangan lah nanti letak otak kat kepala lutut dan mula cakap tak tentu hala macam ostazah abby kita tu.....

    BalasPadam
  2. Suka sgt jumpa artis perempuan.Ada masa pulak layan perempuan yg cun cun

    BalasPadam
  3. ha ha lapassss ni banyaklah artisd pakai tudung jumpa nik ajiss... menangiss lagii..

    BalasPadam
  4. ni la yg terbaik....ilmu yg ada pada alim ulama patut kita amik...hal politik dia, klu kita xsetuju...xyh amik peduli....

    BalasPadam
  5. semenjak ada tv alhijrah, ramai artis wanita start pakai tudung. semua serbu kerja di situ. canang sana-sini dapat hidayah lah bla bla bla... ada segelintir saja yang nampak ikhlas, majoriti hanya for financial reasons.

    BalasPadam
  6. sokong PAS = Sokong PKR = Sokong DAP = KUFUR.. Nik Aziz tu manusia biasa je le... ulamak ??? ulamak ikut perangai nabi... jaga tutur kata & semua yang baik nabi buat... semoga tiada lagi yang terpedaya dengan Manusia ni lagi.. AMIN

    BalasPadam
  7. aura taik kucing... aura anugerah ANwar ibrahim & karpal singh

    BalasPadam
  8. Terima kasih pada Tv alhijrah dan astro oasis!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online