BREAKING NEWS

Betul ke Anwar takutkan Tuhan?? Macam tipu je...

Biarpun dilemparkan dengan pelbagai asakan, fitnah, kerja jahat dan ugutan daripada BN, ianya tidak pernah menggentarkan pendokong perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada satu tindakan BN yang menggoyahkan perjuangan Pakatan Rakyat bahkan ianaya menjadi kekuatan yang tidak tandingnya demi memastikan kezaliman dihapuskan sekaligus menegakkan keadilan untuk semua rakyat di negara ini.

"Bukan kita takutkan dengan kekuatan jentera BN ataupun sebarang ugutan serta sogokan duit...yang hanya kita takutkkan ialah Allah SWT.

"Untuk menang, syaratnya ialah kena istiqamah dalam perjuangan seterusnya tawakkal kepada Allah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Stadium Suka Menanti, 7 Disember lalu.

Turut hadir di himpunan itu ialah, Menteri Besar Kedah dan juga Pesuruhjaya PAS negeri ini, Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak; Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Hadir sama ialah semua pimpinan PAS, DAP dan PKR peringkat negeri Kedah termasuk para senator, exco dan wakil rakyat.

Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sekali-kali tidak akan mengorbankan kepentingan orang melayu bahkan akan mengangkat martabat yang jauh lebih tinggi khususnya untuk umat Islam.

"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar.

"Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India."

Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan hak-hak orang melayu terasmuk kepentingan orang Islam.

"Mereka cukup angkuh dan riak bila bercakap, sedangkan Allah yang maha kuasa untuk membuat apa sahaja.

"Orang angkuh dan sombong macam mereka, sudah tertulis dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan tolong orang seperti itu..." katanya

Katanya politik, bukan sekadar lakaran indah dan cerita yang mempesonakan tetapi berteraskan kepada kekuatan akidah dan akhlak.

Beliau juga kesal dengan beberapa kalangan tokoh agama di dalam Umno yang tidak berani menegur sekalipun tindakan itu menyalahi hukum agama.

"Anak Mahathir kuasai syarikat arak asia. Orang Islam kita yang jadi juara arak, bukannya orang Cina.

"Tidak ada satu pun ustaz dalam Umno yang tegur!" katanya

Anwar turut menyelar sikap Umno yang sentiasa menghina kerajaan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sedangkan prestasi empat negeri Pakatan Rakyat itu sungguh baik sehingga ada yang mendapat pujian daripada Laporan Ketua Audit Negara.

"Ada negeri Pakatan Rakyat yang ada surplus dan peningkatan ekonomi...tetapi Najib (PM) baru jadi PM empat tahun telah menimbunkan hutang negara lebih RM300 billion!" katanya.

4 ulasan :

  1. Nampak sangat Nuar ni sudah semakin bangang, dahlah tak faham ekonomi, nak berlagajk pulak.

    Baru sekarang dia nak tiru PM yang selamanya bertawakkal kepada Allah..

    Habislah kau Nuar selepas PRU13, tak de sapa nak nyokong kamu lagi..

    BalasPadam
  2. "Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar.
    Antaranya hapuskan undang-undang Islam...kononnya dah lapur terutama sekali LGBT...

    BalasPadam
  3. Lebih baik kiamat dari manusia songsang nie jadi PM..!

    BalasPadam
  4. Yg paling brani dgn tuhan Allah ialah ameno-apco la bro...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online