BREAKING NEWS

Pejabat Pas kena baling telur busuk.. Umno jugak yang salahhh...

Seorang kakitangan Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah terkejut apabila mendapati pintu dan papan tanda pejabat berkenaan dibaling telur serta diconteng dengan perkataan kesat awal pagi kelmarin.

Kejadian yang disedari kira-kira jam 8.30 pagi itu ketika kakitangan tersebut ingin membuka pejabatnya.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu percaya perbuatan membaling telur dan melemparkan kata-kata kesat itu dilakukan sesetengah pihak yang kurang menyenangi tindakan PAS yang agresif melawan kezaliman yang diperlakukan oleh pihak tertentu.

“Kita sendiri berasa kurang selesa bila diperlakukan sebegini. Perbuatan ini langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi dikalangan individu mahupun parti yang terkesan akibat tindakan agresif yang dilakukan oleh PAS sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada satu kenyataan, kelmarin.

Bagaimanapun Lahirul berkata, beliau tidak mengesyaki pihak yang terbabit dan tidak berhasrat untuk melaporkan perbuatan berkenaan kepada pihak polis.

“Kali ini kita maafkan mereka, supaya mereka benar-benar menginsafi bahawa perbuatan mereka ini adalah yang tidak bermoral,” ujarnya.

Sementara itu, pejabat PAS Kawasan Sepanggar turut dipecahkan cermin apabila dibaling objek keras awal pagi kelmarin.

Kejadian yang mengejutkan kakitangan pejabat berkenaan yang sedang tidur itu bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Saifuddin Ahmad berkata, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku setelah pejabat berkenaan beroperasi sejak dua tahun yang lalu.

Beliau berkata, wakilnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra berhubung perkara berkenaan.


p/s: Macam biasalah puak-puak Pas ni beb.., sendiri buat.., sendiri bising.., sendiri buat report Polis.., dan of course yang dituduhnya mesti Umno.. Skrip lama semua tuuu...

2 ulasan :

  1. Btul. Taktik lama berdarah kembali... mcm hampeh

    BalasPadam
  2. Tak payah baling telur busuk pun memang dah busuk tempat tu.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online