BREAKING NEWS

Gambar kereta peronda kena saman AES..


Wohaa!!! Bukan setakat kenderaan rakyat marhaen je kena saman AES beb.., kereta Polis sendiri pun kena tauu... Ini membuktikan bahawa kamera AES tu memang adil dan tak pilih 'bulu'..

Korang janganlah pulak ye persoalkan saman tersebut dibayar atau tak.., yang penting.., sistem AES tu dah buktikan sifat keadilan yang cukup mantop beb..

Pasal tu lah gua dari mula lagi sokong AES nih.. AES bukan saja dapat mendidik rakyat memandu dengan berkhemah.., AES jugak dapat mengelakkan diskriminasi diantara kenderaan Polis dan juga kenderaan rakyat biasa tauu..

Gua harap, lepas ni pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan dapat tunjukkan pulak gambar kereta Pak Menteri dan VVIP yang berjaya ditangkap oleh kamera AES tu..

Bukannya apa.., ramai yang sedia maklum bahawa kereta-kereta para VVIP tu memang tak pernah patuhi undang-undang jalanraya..

Mentang-mentanglah ada 'escort'.., berdesup je dorang tu atas highway dan jalan persekutuan.. Macamlah undang-undang tak laku langsung!!

So persoalannya sekarang.., berani ke JPJ dan Kementerian Pengangkutan?? Ke dah sama level dengan Pak Menteri yang jaga KDN tu?? Hahahaha...

6 ulasan :

  1. harap yg pandu keta polis tu, bayar la saman. jangan tunjuk aje macam tak ada pilih kasih. bomba dan ambulan pun saman juga ye, kelajuan tu membunuh. walaupun kecemasan, tak perlu bawa laju. keselamatan diutamakan. undang-undang perlu dipatuhi. cukup kalu orang beri laluan. terbakar dah terbakar, sakit dah sakit, laju kena saman. ikut had laju yg tak membunuh.

    BalasPadam
  2. Betul tu bro.Biasanya ambulan tu tk ikut undang2.Dekat lampu traffic merah pn langgar semacam,bawak laju jangan cakap la.Alasan nk selamatkan nyawa yang cuma sorang dlm ambulan tu.Kalau accident bukan sorang tapi lebih dari tu yg jadi mangsa.

    BalasPadam
  3. aku suka apa saja sistem jalan raya yang bolih mengajar pemandu2 samseng tu . tapi had laju HIGHWAY perlu di kaji semula . jangan semua tempat selamat ashik 110 kmj saja. ubah la kepada 130kmj yang masih lagi selamat .bukan nak minta laju macam freeway yang laju gila2 tu.itu pun bukan apa , nak ganti masa kena queue dekat sg2 ke juru, kat2 area taiping sana, ipoh dll. give and take la...

    BalasPadam
  4. Sistem ini memang baik demi mendisiplinkan pemandu supaya mematuhi had laju dan tidak melanggar lampu isyarat.

    Dan jika isu AES ini ditangani dengan bijak oleh blogger pro kerajaan, ia boleh memberi kesan buruk kepada puak Pakatan yang menentang sistem ini.

    BalasPadam
  5. pegi jahanam...kalau kete singapore macmana nak trace alamat dia... sah2 kat tambak takde polis/jpj nak tahan, rakyat didahulukan ke...negara ramai pegawai yg ada talent,genius tapi sayang end up jadi ass clown

    BalasPadam
  6. Kepada yang mengatakan ambulan tak perlu bawa laju, diharap satu hari nanti jika ibu atau bapa mahupun diri anda sendiri sudah sakit dan perlu bergesa ke hospital, kamu cakaplah dengan driver ambulan tu supaya jangan pandu terlalu laju.

    Kalau rumah anda terbakar dan anak anda masih terperangkap di dalam, cakaplah bomba supaya jangan pandu terlalu laju.

    ...kita terlalu senang membuat komen kalau bukan diri sendiri yang terkena...mereka tu boleh bawa laju kerana sudah dilatih. bukan sibuk nak balik rumah tengok bola, tapi sibuk nak pergi menyelamatkan nyawa.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online