Khalid Samad mempertahankan Nurul Izzah bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.
Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.
"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.
"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.
"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.
Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?
Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".
"Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS musibat !
BalasPadamAnwar berucap tentang pluralisma dan liberalisma, tentang menjaga keselamatan israel, Penubuhan IFC untuk merosakkan aqudah islam, majlis peguam menekan orang islam diatas nama hak asai, LBGT, Open Society, SUARAM, malaysiakini, kalimah Allah dan byk lagi.
BalasPadamNurul berucap mengenai kebebasan memilih agama termasuk utk orang melayu.
Adakah ini semua suatu kebetulan?
diorang yang buat solat hajat mintak ditunjukkan...
PadamBerapa ramai ahli dap dah di Islamkan?
BalasPadamdakwah konon bukan kafir masuk islam lupanya islam jadi kafir berdakwah dlm gereja
BalasPadam