BREAKING NEWS

Assmin Aiskrim pun teringin nak jadi PM?? Hahahaha..

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri itu adalah strategi PR dan tidak perlu didedahkan.

Menurutnya, PR tidak perlu bergaduh mengenai cadangan calon yang dikemukan oleh parti tetapi lebih fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini adalah strategi PR siapa yang jadi Perdana Menteri, tapi kita telah sepakat dalam isu ini.

"Tak perlulah kita nak bergaduh, ini soal kecil sahaja dan kita tak ada masalah dalam isu ini, lagipun ini bukan isu sangat.

"Kalau sudah menang PRU nanti kita boleh bincang, banyak yang kita nak ganti, contoh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan banyak lagi," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, setiap ahli parti PR mempunyai hak untuk mencadangkan sesiapa sahaja untuk memimpin mereka dan PKR hormat dengan suara daripada akar umbi itu.

"Itu suara akar umbi, jadi kita hormat dan ini bermakna rakyat yakin dengan pemerintahan PR," katanya.

Sementara itu ketika mengulas isu doa Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, Azmin berkata, sesiapa yang melakukan kezaliman perlu ditolak.

"Bukan kita doa untuk keburukan tetapi kalau nyata dan terang sama ada individu atau organisasi yang bertindak bertentangan dengan tuntutan agama, adakah kita harus bersekongkol?


p/s: Gua ingatkan puak-puak Pakatan tu berbincang pasal sapa nak jadi PM.., tapi rupanya dorang bergaduh.. Yang Assmin tu pun satu.., nasihat orang je pandai.., dengan mak sendiri bila dia nak berdamai?

5 ulasan :

  1. Dulu, kini dan selamanya, Perdana Menteri Malaysia ialah Presiden UMNO... Akan datang DS Mohd Najib. Insyaallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Tidak Melayu hilang di Dunia. Dan selagi Melayu memegang Takhta Tanah Melayu, Islam tetap terus dibela. Insya-Allah

      Padam
  2. UMNO/BN..pilihan tepat dan terbaik buat rakyat Malaysia..insyallah..

    BalasPadam
  3. 'Tak Kan Melayu hilang di dunia'..betullah tu..mari kita sama2 buktikan di PRU 13 nanti..ajak,ahli keluarga kita,kawan2 kita atau pak we/mak we kita utk lebih paham 'siapa' dan 'apa' PR tu..parti rakus,rosak dan raban..(meraban)bayangkan kalau depa pegang tampuk pemerintahan...nama melayu dah tak de lagi dlm kad pengenalan...sedih KAN??negara kita di jualnya..agama kita di lelongnya..jadilah kita mcm negara Palestin..syria atau sbg.nya..kenapa??sbb kita ambil mudah dan tak pertahankan dgn sebenar2 nya...dah terjadi baru nak nyesal..tak guna...

    BalasPadam
  4. anon atas ni 3 org yg sama ke..sepesen je tulisan dia...oh mamat azmin ni patut diberi jawatan menteri perindustrian aiskrim je..haha

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online