BREAKING NEWS

Nurul Izzah tuduh Felda 'LIWAT' peneroka sawit..

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menyelar tindakan Felda membeli harga buah sawit segar di bawah harga pasaran yang akan menjejaskan pendapatan peneroka.

Anak perempuan Anwar ini juga berkata, Felda hanya membayar kira-kira 10 peratus daripada harga pasaran.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, maklumat itu diperoleh daripada memo yang dihantar menggunakan kepala surat Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Memorandum itu memaklumkan, berkuat kuasa 1 Oktober, semakan semula harga tandan buah segar (FFB) berdasarkan harga pasaran Crude Palm Oil (CPO) ditolak RM200 untuk setiap tan metrik.

Tindakan itu, seperti dibacakan Nurul Izzah, diambil ekoran pasaran yang tidak stabil dan permintaan rendah.

Justeru, anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata, peneroka sekarang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus.

Beliau menyifatkan situasi itu ibarat "sudah jatuh, ditimpa tangga".


p/s: Sejak bila pulak Nurul Izzah ni tahu pasal Kelapa Sawit? Kalau nak kata Felda tipu peneroka, Nurul patut belasah juga bapaknya yang selalu tipu rakyat..

4 ulasan :

  1. Kalu nak sembang psl sawit gi laa msk felda berhujah dgn peneroka @ anak peneroka. Kalu tkt kat lobi parlimen apa kelas?
    Ko lahir dlm dulang emas mana pernah rasa susah mcm kami ni?
    Harap2 ko, keluarga ko dan parti ko lingkup dlm pru13 nanti.
    Doa org2 teraniaya mcm aku ni mmg Allah akan makbulkan.

    BalasPadam
  2. Biarkan dia bercakap dulu. Orng felda teruskan buat kerja. Sebab dia bercakap dapat duit. Bapak dia bagi. Bapak dia dapat duit dari cukai negeri yg d perintah pembangkang & musuh2 negara yg nak cpntrol malaysia..

    BalasPadam
  3. 15 Oktober 2012 4:48 PTG,
    Ermmm....nak tanye sikit..."Doa org2 teraniaya mcm aku ni mmg Allah akan makbulkan"

    Kalau Felda telah menganiya anda, parti mana yg patut dilingkupkan eh dlm Pru13?

    jgn marah..tanya jer..

    BalasPadam
  4. kepada 9:39 PTG,

    Ermm...betul tu bapak dia bagi kat anak dia duit. Tapi masalahnya pulak bapak dia bukan bagi kat anak dia je. Ada ke dia bagi jugak kat kitorang air percuma, khairat kematian RM2000, anak lahir ada RM100 untuk simpanan, anak masuk IPT dapat 1000, mengaji pondok dapat zakat dan yang terbaru ni tol-tol cth kesas dan federal highway di Selangor nak cuba diambil alih Kerajaan Selangor dan tol percuma insy-Allah january 2013 (klu berjaya la..). Tak berjaya pun takpe kot sbb at least ada effort untuk mencuba..

    Jadi, bapak yg dulu2 lagi bagus lah sebab cuma bagi kat anak2 aje. Itu baru namanya Demokrasi Terpimpin hehehe..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online