BREAKING NEWS

Nurul Izzah nak jumpa Najib demi peniaga melayu..

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan bertemu Perdana Menteri bagi membela nasib peniaga Melayu yang dihalau dari Kompleks Niaga Utama Bandar Utama Bangsar (KNUBUB) ekoran tindakan kejam Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang mahu meroboh bangunan itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan turut menghantar surat rasmi kepada Datuk Seri Najib Razak bagi membawa aduan 56 peniaga terbabit berhubung bantahan terhadap tindakan itu.

“Kita jumpa Menteri (Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) dia tak layan. Datuk Bandar DBKL pun tak dapat jumpa. Jadi kita putuskan untuk jumpa Perdana Menteri terus. Ini isu penting,” katanya.

UDA ditubuhkan pada 1971 bertujuan membina kompleks-kompleks perniagaan Melayu di bandar besar.
Apabila UDA dikorporatkan, fokusnya beralih kepada perniagaan.

Suara Keadilan edisi Selasa lalu melaporkan kezaliman UDA yang mahu menukar kompleks niaga tersebut menjadi pangsapuri tanpa menyediakan tapak alternatif kepada peniaga.

Lebih malang apabila Menteri, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin langsung tidak berusaha menolong peniaga di situ.

Ketua Badan Bertindak KNUBUB, Fizan Mohd Nor Ar-Jamli berkata, satu memorandum bantahan telah dihantar kepada Perdana Menteri.

Memorandum itu menyenaraikan tiga tuntutan, iaitu mengekalkan KNUBUB, jika pembangunan diteruskan peniaga dipindah ke kawasan berhampiran dan peniaga minta dimaklumkan perkembangan pembangunan.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bertindak zalim apabila mengarahkan peniaga pasar malam Kampung Kerinchi menghentikan perniagaan bagi memberi laluan projek pembangunan di kawasan itu.

1 ulasan :

  1. Kalau berkenaan tindakan UDA sibok sangat nak membela begitu juga dengan Pasar Malam. Bertapa dungunya manusia bernama Nurul anak Al Juburi.

    Kenapa tindakan Abang Sayang Guan Eng buat kat perniaga2 di Padang Kota, Batu Feringghi penduduk India Kampung Buah Pala kau tak bela. Nurul kau jangan main wayang.

    PKR memang Haramjadah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online