BREAKING NEWS

Pak Shahnon belasah Pok Nik lagi...

Bukan Pas yang perlukan DAP tetapi DAP yang memerlukan Pas bagi mendapat undi orang Melayu.’’

Demikian tegas Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jelas Shahnon, perjuangan politik Pas perlu kembali kepada landasan utama iaitu menegakkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud di negara ini.

“Oleh itu, jika DAP mahu bekerjasama dengan Pas, mereka harus menerima perjuangan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam dan Islam jugalah penentu segala keputusan.

“Pada masa sama kepimpinan Pas harus kembali kepada golongan ulama dan menolak kumpulan yang menggalakkan sekularisme di dalam parti itu," katanya yang juga ahli Pas seumur hidup ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Gelugor kelmarin.


p/s: Pok Nik peduli apa beb.. Orang tua tu dah kemaruk kuasa sampaikan kafir harbi pun dia sanggup peluk..

3 ulasan :

  1. tanpa sedar rupanya doa pok nik agar Allah menurunkan tentera Ahzab bagi memecahkan puak yang batil telah dimakbulkan oleh Allah. maka keluarlah tentera Ahzab menyerang kebatilan. pertamanya keluar Hassan Ali, ustaz Basri, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Nasha, Ustaz? Shanon Ahmad ... kita patut mengucapkan terima kasih kepada pk nik, ulamak yang agung dan diagungkan oleh penganut agama pas dan pemimpin yang adil di kaca mata umat pas. dan kita sepatutnya merayu kepada pok nik agar meneruskan usahanya. maka pasti akan lebih ramai tentera Ahzab keluar menyerang puak yang batil itu. Jika kita jumpa penganut agama pas maka kita perlulah dengan rendah diri meminta agar mereka berjumpa dengan pok nik untuk meneruskan doa kemusnahan kebatilan itu. aku yakin mereka dengan bersemangat menyahut seruan tersebut dan pok nik pun dengan penuh ikhlas memenuhi hajat kita. dan puak yang batil itu pasti akan ranap akibat doa pok nik tersebut.

    BalasPadam
  2. pandangan aq lak..domino kat pas ni takkan terhenti sebab semakin memaksa orang menerima pandangan n ajis semakin pas di perkudakan nuar dan kitmalam.hu hu hu

    tabik kat shanon dan mereka2 lain yang aq anggap dah punyai cukup maklumat disiber nih.

    BalasPadam
  3. Inilah akibatnya bila kita trlalu taksub dn mmbiarkan seorg pmimpin tu memegang jwtn trlalu lama hingga mnyebab ia merasa dirinya hebat dn apa yg dilakukan adalah btul serta benar dn sukar utk mnerima pandangan serta tguran ahli bwhan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online