Nama aktres cantik, Nora Danish pernah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga aktor kacak, Adi Putra, Mei lalu. Ternyata, aksi romantis mereka menerusi drama Tentang Dhia yang ditayangkan di saat itu menjadi bahan untuk mereka digosipkan bersama.
Meskipun kedua-duanya menafikan perkara tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus digandingkan lagi menerusi, Aku Terima Nikahnya, yang baru saja ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober lalu.
Memaparkan lebih aksi romantis, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini bagaimanapun tidak gentar dengan gosip yang bakal mengekorinya. Mengakui ia sebahagian dari rencah bergelar selebriti, Nora mengharapkan agar masyarakat bersikap lebih terbuka menilainya.
Semakin kebal menghadapi gosip dan kontroversi, bekas isteri kepada Jejai ini menegaskan, kemesraan yang terjalin dengan Adi dalam filem itu tidak sesekali dibawa ke luar set penggambaran.
"Jangan sesekali menganggap itu adalah saya dan Adi kerana bagi kami, ia hanyalah Arlisa dan Johan.
"Ini adalah kali pertama saya melakonkan watak romantis serius dan saya harap, tak ada yang cuba membandingkan lakonan saya dengan filem atau drama terdahulu," katanya yang mengakui hampir kesemua babak sangat sukar dijayakan.
Akui Nora, walaupun pernah digandingkan bersama, namun perasaan gementar untuk memenuhi tuntutan watak sebagai isteri Adi Putra, tetap ada.
Menerusi filem terbaru MIG itu, Nora berkata, dia takut dan kekok untuk melakonkan babak romantis bersama Adi Putra.
"Sejujurnya, saya sangat kekok untuk menjayakan babak intim dengan Adi sebab dia sudah berkahwin.
"Dalam filem itu, saya perlu memegang tangan Adi dalam tempoh yang lama. Selain itu, ada juga babak yang memerlukan kami berpeluk dan Adi mencium pipi saya.
"Walaupun kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi perasaan itu tetap ada sehingga saya sendiri 'takut-takut' untuk memenuhi permintaan pengarah," katanya.
p/s: Ye ke takutttt????
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
kalau bercium dgn Bang Non Nora takut tak??hehehe....
BalasPadamSejak bila plak bukan mahram dah boleh cium-cium pipi ni? Masyarakat blum bodo lagi nak terima budaya sesat ni kat tv. Kalau nak buat aktiviti peribadi, tu masalah sendri la.
BalasPadamArtis jgn ingat blh buat suka hati kat tv atau buat hal depan umum. Orang menyampah, rating jatuh, penerbit rugi, padan muka.