BREAKING NEWS

Azmin kata pemimpin Umno Tua Bangka tak sedar diri...

Umno didakwa sudah ketandusan pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong parti itu sehingga terpaksa ‘kitar semula’ pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya, ini kerana masa depan negara bergantung kepada pimpinan generasi muda berasaskan prinsip serta nilai murni dan bukannya ditentukan generasi Mahathir.

“Kenapa Najib gagal menonjolkan pimpinan baru dalam kalangan Umno untuk turun berkempen bagi pihak Umno? Ini membuktikan bahawa perkhidmatan Mahathir diperlukan untuk menyelamatkan Umno.

“Saya mengalu-alukan peranan Mahathir untuk lebih aktif dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang,” katanya.

Sementara itu Azmin dalam ucapannya, turut menasihati penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya bangkit memfokuskan kerangka besar dan menolak cerita remeh dalam menentukan hala tuju menawan Putrajaya nanti.

“PKR sudah membuktikan kita bukan parti nyamuk malah kini semakin kuat bersama Pas dan DAP, malah turut digeruni Barisan Nasional (BN) yang ada bertanyakan Kabinet bayangan kita.

“Jika mereka tidak gentar kenapa mereka berminat untuk mengetahui Kabinet bayangan kita? Bermacam-macam spekulasi yang timbul tetapi apa yang penting bagi saya bukan soal jawatan tetapi mahu ‘kuburkan’ Umno,” katanya.

Baca seterusnya DISINI...

3 ulasan :

  1. aiskrimen ni mmg mulut longkang...... perasan bagus...

    BalasPadam
  2. sama le Pok Nik Ajis tu pon pemimpin tua bangka tak sedar diri gak...nak tunggu mati baru nak letak jawatan MB Kelantan gamak nye....

    BalasPadam
  3. Abg JAMBAN neh kat umah xde cermin ke? Ferrari mampu beli , xkn cermin xbole beli...

    Itu Olarmak MULUT BERUS, Lauy Kapal Karam , itu Lim Kit SIal manyak muda ooooo....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online