BREAKING NEWS

Mamat ni keluar Umno kerana Nik Aziz...

Bekas timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.

"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.

"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.

Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.

Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.

Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS.

Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan.

"Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih segar bugar.

7 ulasan :

  1. kah kah kah kah kah kah

    Mangkok tu kuar UMNO krn MB Kelantan Nik Ajiz...
    MB Mulut BERUS....

    kah kah kah kah kahak kahak haktuiii

    BalasPadam
  2. nampak sangat bohongnya

    BalasPadam
  3. Dah kena beli la tu...umur dah 74.

    BalasPadam
  4. X cukup lg ke duit yg disebat masa dlm Umno. Heran lg ajaib puji pas tp jilat pkr. Da la umur da lanjut x yah nk brbohong sambil mnjual diri..

    BalasPadam
  5. Gua bukan orang politik. Gua orang biasa. Persepsi gua tentang pertuturan poliTikus ini begini bah:
    1) Bengkang bengkok. Bengkang bengkok. Bengkang bengkok;
    2) Liberalisasi PAS belum mantop lagi, jadi itulah tugasnya nanti dan sebabnya memasuki PKR dulu. Sambil sambil belajat wirid Kaplohol;
    3) Mungkin ada 'orang' yang dibirahee oleh nya dalam PAS. Kurang sopanlah kalo masuk terus ke PAS kerana nakkan 'orang' itu. Kena pasang strategilah cikit, bro!
    Gue ingat nenek gue cerita tentang Lampong pecah di Jawa/Sumatra dulu. Katanya disebabkan seorang orang perempuan tua tertipu diberi makan daging anjing oleh pemuda pemuda jahat. Gue harap perkara begini tidak berulang lagi. Kalo 'Lampong pecah' berlaku di KK, ranaplah gunung Kinabalu keagungan Malaysia. NOTA: Tetapi, gunung Kinabalu bukan gunung berapi kan?

    BalasPadam
  6. mhn pautkan blog sy di blog tuan
    http://anakjatimalaya93.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. elok le tu mamat nie keluar Umno kerana Pok Nik Ajis...sebab Tok Ya nie pon nak gak tiket konfem ke sorga dr wali agung PAS alaihisalam...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online