BREAKING NEWS

Nepotisme TOTOK..., Shahrizat 2x5 je dengan Anwar..

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertindak menyelar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan nepotisme ekoran isteri dan anak ketua pembangkang itu tersenarai sebagai anggota jemaah menteri dalam kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam laporan baru-baru ini, kabinet bayangan PR telah didedahkan dengan jawatan perdana menteri (PM) diberikan kepada Anwar manakala Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai menteri Di jabatan perdana menteri manakala Nurul Izzah pula sebagai menteri Wilayah Persekutuan dan Perancangan Bandar.

“Sekian lama beliau meninggalkan Umno dan Barisan Nasional (BN), beliau kutuk pasal nepotisme.

“Tapi sejak beliau mewujudkan parti pembangkang semuanya nepotisme totok,” kata ketua pergerakan Wanita Umno tersebut dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia.

Shahrizat turut menyelar Anwar sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian kerana mempraktikkan amalan yang ditentang olehnya sebelum ini.

Susulan pendedahan kabinet bayangan itu juga, Shahrizat mempersoalkan kedudukan PAS yang kononnya dijanjikan jawatan PM sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Macam mana pula apabila disenaraikan PAS boleh terlepas dan Anwar pula jadi PM,” soal bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu lagi.

Shahrizat meletak jawatan pada Mac lalu susulan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran.


p/s: Dah tak ada orang lain ke nak bercakap pasal Nepotisme Anwar tu? Shahrizat pun 2x5 je dengan Anwar beb.. Habis anak beranak dia join kongsi kekayaan dalam NFC.. Hampeh!!!

2 ulasan :

  1. BETUL TU..

    2X5 JE. DALAM NFC ANAK BERANAK DIA JUGAK.

    NUAR PUN SAMA..TERBARU SEKALI, KARPAL SINGH PULAK..

    SEMUA GILA KUASA!

    BalasPadam
  2. Pi Mai, Pi Mai Tang Tu jugak!!. Ijat kata Nua amal Nepotisme, Nua kata Ijat lagi hebat amal Nepotisme. Dua-dua dah "nearing expiry date" dah. Jaga jerlah anak-anak cucu tu kat rumah!!!!.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online