BREAKING NEWS

Melayu perlu sokong Umno utk jadi kuat dalam politik..~ Tun M

Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu semalam.

Jelas Dr Mahathir, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.

"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik.

"Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati."

Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka.

Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman.

"Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil.

"Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."

Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.

Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.

"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain?

" Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi.

5 ulasan :

  1. Saja nak betulkan ayat Tun hehehe... "Jelas Dr Mahathir, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah PAS bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara”. Melayu bersatu di bawah PAS itu baru betul.

    Antara salah satu sebab kenapa Umno tak relevan untuk dikaitkan dgn perjuangan Islam ialah pendirian kpd fahaman ASSABIYAH. Sepertimana yg kita tahu bhw Assabiyah adalah asas fahaman kaum yahudi yg bertentangan dgn ajaran Islam. Fahaman ini jelas merupakan alat "Pengekang" kpd perkembangan Islam. Mengapa British “approved” untuk wujudkan fahaman2 politik mengikut bangsa ini? Carilah sendiri klu ingin tahu jawapannya. Spoon feed method kadang2 kurang berkesan didlm mewujudkan kesedaran.

    Pas "lebih hampir" kepada relevan perjuangan Islam disebabkan tiada wujud fahaman Assabiyah itu. W/p belum perfect! tapi lebih hampir!. Fahaman bersifat bangsa sememangnya tiada dalam garis panduan Islam.
    Kalau pandangan saya ini salah, sila tegur dan mintak dijelaskan rasionalnya. Tak nak masuk lah bab2 hudud. Kalau masuk yg tu, lagi jauh la point utk rasional wujudnya Umno. Kita discuss yg asas je dahulu iaitu tentang fahaman tadi. Salam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau di indonesia munkin pandangan saudara disambut oleh 260 juta umat islam yang majoriti golongan bawah dan ditentang 28 juta bukan islam.... di sini bak kata Tun nak mintak resevkan 30% dari ekonomi negara pun kena bincang kat parlimen... baru nak wujudkan melayu kaya dah dikata kroni... rasuah.. yng lantang dari pecahan 60% penduduk yng sepatutnya bersatu plak tu... Perjuangan melayu selama ini lebih relevan.. biarlah yng pakar membantu menaikkan melayu teraju dan sebagai pemimpin islam seburuk buruknya pun pasti tidak membelakangkan tuntutan agama bila dinasihati oleh pakar2 bahagian agama.... lebih buruk keadaannya apabila ekonomi dipegang satu bangsa kerana kemiskinan boleh menjerumus kepada kemungkaran...

      Padam
  2. PAS itu anjing DAP.
    PAS mana pernah perjuangkan ISLAM. itu MITOS
    PAS mempergunakan ISLAM untuk kepentingan sendiri seperti SYIAH SESAT mempergunakan AHLUL BAIT
    PAS mempergunakan ISLAM demi kuasa politik
    PAS hanya memecahkan perpaduan sesama ISLAM
    PAS hanya membawa keburukan dan kerugian pada umat ISLAM
    PAS lah punca kalimah ALLAH yg suci dihina oleh org kafir
    PAS lah punca Rasulullah dihina oleh wali selipar kutuk yg gila kuasa
    PAS lah punca kelemahan umat ISLAM di MALAYSIA
    PAS itulah KESESATAN yg NYATA.

    BalasPadam
  3. kumpulan manusia yng mengakui dirinya lebih rapat dengn tuhannya... yng tiada merendah dalm pertuturannya... yng paling susah mengucapkan terima kasih bila dibantu dan meminta maaf bila silap... ASAL BUKAN UMNO memng telah berjaya menghasilkan pengikut2 yng hatinya dah tak boleh memilih yng hak dan bathil....

    BalasPadam
  4. Kalau lah setakat ini sahaja debatnya, tak susah pun nak klu pembangkang nak counter...tukar je ejaan PAS tu pada UMNO. infact debat2 jenis ni boleh buat 2 3 muka surat pun kalau nak heheh...

    PAS itu anjing DAP.
    PAS mana pernah perjuangkan ISLAM. itu MITOS
    PAS mempergunakan ISLAM untuk kepentingan sendiri seperti SYIAH SESAT mempergunakan AHLUL BAIT
    PAS mempergunakan ISLAM demi kuasa politik
    PAS hanya memecahkan perpaduan sesama ISLAM
    PAS hanya membawa keburukan dan kerugian pada umat ISLAM
    PAS lah punca kalimah ALLAH yg suci dihina oleh org kafir
    PAS lah punca Rasulullah dihina oleh wali selipar kutuk yg gila kuasa
    PAS lah punca kelemahan umat ISLAM di MALAYSIA
    PAS itulah KESESATAN yg NYATA.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online