BREAKING NEWS

Kit Siang mengaku DAP Sekular.. Apa kata Pok Nik?

Pok Nik dan Pas sebelum ni kata dorang lawan Umno sebab Umno Sekular.. Pasal tu lah Pok Nik dan Pas lebih suka berkerjasama dengan DAP dan PKR..

Sekarang ni, Kit Siang dah mengaku bahawa DAP tu pun sekular jugak.. So apa kata Pok Nik dan puak-puak khawarijj Pas?

Berani ke Pok Nik dan Pas keluar dari Pakatan kerana DAP mengaku mengamalkan konsep sekular dan tak iktiraf negara Islam?

Gua berani kerat kuku lah beb..., Pok Nik mana ada telor nak sanggah cakap Kit Siang.. Harap serban je besar bakul.., tapi penakut dengan kafir!! Puiiiiiiii....

-------------------------

DAP menegaskan walaupun parti tersebut mengamalkan konsep sekular, namun tidak sesekali bersikap anti-Islam.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sepanjang 46 tahun sejarah parti tersebut, DAP secara konsisten mengatakan Malaysia adalah sebuah negara demokratik, berbilang kaum, sekular dan mempunyai pelbagai agama dengan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi bukan sebuah negara Islam.

Menurutnya, dakwaan beberapa pemimpin yang mengaitkan DAP dengan menuduh parti ini cuba menjadikan ‘Malaysia sebuah negara Kristian’ adalah tidak berasas dan cubaan untuk merosakkan keharmonian negara.

"Adakah mungkin hanya selepas 46 tahun, DAP cuba menubuhkan sebuah negara Kristian apabila tiada pemimpin parti atau dokumen polisi berkata mengenainya?

“Hanya orang yang bodoh atau tidak jujur yang mempercayai dakwaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menyeru rakyat supaya tidak termakan dengan dakwaan seperti ini dan menunjukkan bantahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Atas sebab yang sama, media arus perdana dan sosial yang turut menyebarkan dakwaan ini sama-sama bodoh dan tidak jujur,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa terdapat doa yang memohon agar negara ini menjadi negara Kristian selepas DAP memperoleh kemenangan di beberapa kerusi selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.

Ekoran dari dakwaan ini, pelbagai peringkat pemimpin DAP menafikan ada menganjurkan doa sedemikian. - SH

2 ulasan :

  1. PAS BEBAL...ITU JE JAWAPANNYA.

    BalasPadam
  2. nie le yg org PAS ckp yg diorang sanggup berkawan dgn syaitan kalau syaitan tu tolong diorang utk jatuhkan lawan nye...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online