BREAKING NEWS

Balaci Anwar kena rasuk HANTU Lembu...

Orang tua-tua kata, kalau lepas melilau merata-rata tu balik kena basuh kaki.. Dan mulut tu jangan celupar sangat 'tegur' tak tentu hala takut tersampuk makhluk halus..

Inilah yang jadi pada anak didik Anwar yang sorang ni beb.. Budak ni suka sangat melilau dalam kandang lembu dan meniru aksi bunyi lembu..

Akibat dari tindakannya tersebut, gua difahamkan mamat tu terasuk HANTU Lembu hinggakan dia hanya tahu bercakap dalam 'bahasa' Lembu je..

Kalau korang tak percaya.., sila baca petikan kenyataan anak buah Anwar tersebut dibawah setelah ditranslate ke bahasa manusia..

Rupanya Hantu Lembu yang merasuk mamat terbabit berasa cemburu bila Najib bagi rebat RM200 kepada para belia untuk memiliki telefon 3G..

Tak ke mangkuk hayun bila dia bercakap pasal rebat telefon ni beb? Lembu mana tahu pasal telefon 3G tu kannn..


Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.

"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.

"Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1, 000”.

"Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800”.

"Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi.

8 ulasan :

  1. Personally aku tak setuju. Pemberian laptop oleh kerajaan Trengganu, misalnya, amnya fail walupun ada 1-2 yg pandai manfaatkan.

    Aku andaikan kerajaan bg insentif ni utk galakkan orang ramai lebih peka utk gunakan teknologi terkini, sbb 3G ni cnfirm ada email, facebook, twitter dll. Jd tk lah rely pd tv, s'khabar atau kawan-kawan semata-mata, utk dptkan maklumat.

    Kalau andaian atas tu betul, berbanding subsidi pd rakyat dgn baucer, lbih baik kerajaan bg insentif pada company spt Nokia, Samsung, Google, dll utk buka kilang atau cawangan kat Malaysia. Kalau kos pembangunan dan pengeluaran murah, takde sbb depa nak jual dgn harga mahal kt Malaysia.

    Tp baucer buku mmg bagus, sbb pasaran buku kat Malaysia mmg slow. Kalau tngok BR1M round 1, kesannya mmg baik.

    BalasPadam
  2. teruk dah si Rafizi nih...apa kena mengena lembu dgn telefon pintar 3G tu...lembu tau pakai ke..??

    BalasPadam
  3. akupun tak setuju dengan rebat beli telefon ni..smartfon bukanlah keperluan tetapi kehendak..jangan sebab nak bergaya, nak kejar trend, anak muda sanggup habis duit beli smartfon.

    kerajaan x patut habiskan duit peruntukan semata mata nak bagi rebat beli smartfon.

    BalasPadam
  4. Kalau telefon pintar di bagi percuma agaknya cerdik tak kerajaan????

    BalasPadam
  5. rafizi ni mmg xbuat research kalau nk kuar statement..
    saper ckp smartphone sekitar rm1000..
    bangang namanye tu...
    aku beli galaxy y cuma rm450 jer...
    smart jer bole twiter fb bagai..
    huh..!

    BalasPadam
  6. Rafizi tu susah hati sebab rebat tu diberi menjelang pilihanraya...BR1M untuk orang bujang lagi...

    1.5 juta belia yang dapat menafaat tu beb!
    ramai tuu..

    apa tak menggila Rafizi dibuatnta !!

    BalasPadam
  7. kira oklah kerajaan bagi rebet.inilah peluang golongan muda nak merasa pakai handfon teknologi baru dan secara x langsung menguntungkan pelabur dalam sektor telekomunikasi.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online