Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.
“
Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR,” katanya.
Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan ‘kroni’ seperti yang berlaku dalam BN.
“Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.
Menyentuh penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) beliau menegaskan tetap dengan pendirian PR dalam memperjuangkan hak pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati rakyat.
“Kita rakyat Malaysia dan bukannya duduk dalam negara miskin. Tuduhan BN kata kita mahu ajar rakyat tak perlu bayar hutang adalah tidak benar.
“Apa yang dimaksudkan PR adalah hutang PTPTN sahaja kerana sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan memerintah negara memberi pembiayaan pendidikan percuma yang akhirnya akan membawa keuntungan balik kepada negara
“PR ada caranya untuk memastikan perkara itu juga perkara-perkara lain ditadbir secara telus tanpa menyebabkan negara jatuh bankrup seperti yang didakwa BN,” katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
tu kekuatan yang tidak terhingga, "sebab ramai yang akan sponsor pakatan macam2" jadi takder ah duit membazir "KONONNYA"
BalasPadamjangan berangan2 bgt mr anwar..jika ditakdirkan anda tidak akan jadi pm spm bila2..boleh gila tau..ingat tu
BalasPadamCakap macam dalam parlimen kanak2.
BalasPadammak ai....tinggi benor angan2 mamat nih.sudah2 la ANUar oi...1 Malaysia dah tau ko punya game,x yah nak canang lg la woi.
BalasPadamNuar ni memang dah tak ada rasa malu lagi untuk menterbalikkan sesuatu isu tersebut. Mana yg dia tuduh BN itulah jugak yang dia sebenarnya lakukan..
BalasPadamBiasalah...nuar kan org umno...org umno mmg buruk sampai ke akar...
BalasPadamdia ni ckp depan cermin gaknye...ksiann..
BalasPadamnk sgt jd pm...lately ni merapu jer..!
Kau cakaplah apa yang kau suka nuar oooiii...
BalasPadamKalau nanti rakyat berbaris panjang menerima BR1M, duit bantuan sekolah, dapat baucer, rebat, bonus dan segala bagai lagi..
kita tahulah yang rakyat menyambut baik dasar dan usaha kerajaan BN !
Rasanya lebih baik kau pertahankan jer jawatan ketua pembangkang tu dari terlepas ke tangan Guan Eng !!
muaahahahaaa...
Bila org GATAL sangat nak kahwin@PM.. gitu la...Ye Nuar!!!
BalasPadam