KUALA KRAI - Gara-gara percayakan persetujuan lisan pihak berkenaan, pengusaha restoran di Jalan Kuala Krai-Machang, dekat Batu Jong, di sini, mendakwa kerugian lebih RM20,000 apabila surau baru dibina berhampiran kedainya dirobohkan, kelmarin.
Surau mula dibina minggu pertama Ramadan lalu dan sudah 60 peratus siap itu dirobohkan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.
Tindakan itu cukup menyedihkan pengusaha restoran terbabit, Mohd Asri Hashim hingga dia tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja jengkaut MDKK mula merobohkan bangunan tersebut.
Mohd Asri berkata, dia tidak memohon kelulusan bertulis selepas diberitahu tidak perlu berbuat demikian kerana akan menyusahkan apabila terpaksa dibentangkan dalam mesyuarat MDKK.
“Bila saya suarakan cadangan nak bina surau dan bilik air, saya dapat persetujuan lisan dan diberitahu tak payah buat surat permohonan kerana bimbang perkara ini heboh jika diusulkan kepada MDKK.
“Saya juga ingatkan tak apa (tak buat surat) kerana surau dan bilik air saya nak bina ini untuk kemudahan orang ramai termasuk pelanggan restoran dan masyarakat setempat,” katanya, di sini, semalam.
Mohd Asri mendakwa, tindakan MDKK merobohkan bangunan itu menyebabkan dia kerugian kira-kira RM21,000 dan mungkin terpaksa buat pinjaman bank bagi membayar upah kontraktor.
“Saya sedih kerana kalau pihak terbabit beritahu dari awal supaya tidak teruskan projek, sudah tentu kerugian terpaksa ditanggung tidak sampai sebanyak ini.
“Bila sampai tahap nak ‘plaster’ bangunan, baru diberitahu projek ini tidak boleh diteruskan dan terpaksa dirobohkan, saya bukan sahaja rugi besar tetapi juga rasa amat sedih,” katanya.
Menurutnya, dia hanya terima Borang B ‘Notis Mengehendaki Kacau Ganggu Dihapus’ daripada MDKK tiga hari sebelum tindakan merobohkan bangunan surau itu dibuat.
“Kalau kedai lama saya dulu ambil masa 10 tahun untuk dirobohkan tetapi bangunan surau ini hanya dalam tempoh sebulan,” kata pengusaha Restoran Reeza terbabit.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, peruntukan untuk bina surau dan bilik air itu sebahagian daripada geran berjumlah RM50,000 diberikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pengembangan perniagaannya.
“Saya boleh guna wang geran ini untuk tambah kelengkapan restoran tetapi sebab nak buat amal dan bantu orang ramai, bila Mara tanya nak buat apa, saya pilih untuk bina surau dan bilik air.
“Surau dan bilik air penting sebab restoran ini jadi persinggahan bas ekspres termasuk bas bawa pelancong luar selain untuk kemudahan penduduk setempat terutama bila ada kenduri,” katanya.
Selain penduduk setempat dan pengguna jalan raya, Restoran Reeza turut menjadi tumpuan rombongan agensi kerajaan dari luar Kelantan serta golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana menghidangkan Menu Rakyat 1Malaysia. ~ SH
p/s: Bala ni beb... Kerajaan Pas Kelantan sanggup robohkan surau tapi kekalkan patung berhala.. Tahniah Pok Nik.. DAP mesti suka!!!
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kita jangan lupa PAS ni parti politik. Islamik tu hanyalah topeng, penyokong PAS patut tahu menilai perjuangan mereka. Adakah cukup dengan ceramah politik PAS boleh dianggap pemimpin yg baik? Dalam kes ini PAS lupa membela rakyat marhaen juga termasuk dlm ciri pemimpin yg baik. Tapi kalau sampai meroboh tanpa amaran tu bukan shj contoh pemimpin tak baik tetapi zalim apatah lagi surau.
BalasPadambudha terbesar, terpanjang, tertinggi semuannya ada di serambi mekah, kuil patung budha boleh dibina dengan mudah dan senang dimana2 saja di kelantan tp penduduk nak bina surai je terus dirobohkan oleh pemimpin2 ulamak dari serambi mekah..islamik dan zuhudnye Pas
BalasPadamsama2 lah nilaikan dan berfikir
sekarang ni terlalu ramai yg berpakaian dan berpewatakan islam tp jgn tertipu
serambi mekah zaman jahiliah
BalasPadam