Dalam satu Tweet milik akaun bekas Mufti Perlis Ustaz Asri yang gua baca, beliau menulis bahawa beberapa tokoh UMNO tak suka dengan beberapa ustaz muda yang join Umno..
Kononnya, ustaz-ustaz muda tu terlalu mengampu.. Gua tak tahulah apa yang ustaz-ustaz muda tu sedang ampu, tapi gua yakin ustaz muda yang dimaksudkan ialah geng-geng Ustaz Fathul Bari..
Gua tak tahu sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan oleh bekas Mufti Perlis tu beb.. Dan gua memilih untuk tak percaya bulat-bulat dengan apa yang Asri tu kata..
Gua sarankan supaya bekas Mufti tu tampil kehadapan untuk menjelaskan perkara yang sebenar bagi menjernihkan keadaan.. Lagi bagus kalau Asri dapat bagitau sapa dia tokoh Umno terbabit..
Seandainya betul ada tokoh UMNO yang 'meluat' dengan ustaz muda Umno.., gua rasa tokoh Umno tersebut memang melantun-lantun dia punya kurang cerdik..
Sepanjang gua ikut 2-3 program yang dianjurkan oleh ulamak muda Umno tu, tak pulak gua nampak dorang mengampu sesapa.. Tapi tak tahulah kalau ada yang gua terlepas pandang..
So.., gua pun harap pihak ulamak muda Umno pun alert dengan kenyataan Twitter bekas Mufti Perlis tu.. Kalau boleh, bersemukalah dengan Asri untuk selesaikan perkara ni..
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
wow, bekas mufti sebar cerita keburukan orang lain
BalasPadamBodo
Andai benar ini adalah tweet dari Dr Asri, maka dia pun tidak terlepas dari 'kealpaan'nya yg tersendiri... Terang2 dia tulis di situ, 'beberapa tokoh UMNO suruh BAGITAU USTAZ2 MUDA yg baru masuk UMNO'; apa pasal dia bagitau SELURUH DUNIA hal ini?
BalasPadamSemuga dia tidak bermaksud utk menimbulkan fitnah sesama manusia.. Kalau tak kena gaya, benda ini akan makan tuan....