BREAKING NEWS

Saya cuma buat persembahan saja.., bukan minum arak.. ~ Mizz Nina

Mungkin berasa tertekan dengan kecaman dari pelbagai pihak ekoran tawaran persembahan dari sebuah syarikat Arak, Mizz Nina tampil membuat penjelasan kepada umum..

Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

"Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

"Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

"Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu," katanya kepada Portal hiburan murai.com.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

"Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.

Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

"Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya," jelasnya.

7 ulasan :

  1. janganlah hipokrit...korang ni sema tak pernah ke terbabit dalam benda2 mcm ni?..dah dasar melayu yang selalu prasan dirinya baik dalam serba serbi...lantaklah dia nak minum ke tak minum ke..korang peduli apa? bab2 mcmni semua melayu nak jadi juara konon tapi bila melantak kat kedai2 org bukan Islam yang terang2 takde sijil halal takde lak sapa2 nk kecoh...senang sangat melayu2 bodoh ni terus diperbodohkan...sebab tu lah ramai melayu2 kat Malaysia ni yang dah buang terbiat nk mampos...bnyk sangat melantak benda2 haram dan subahat...phtuiih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama 9:02,
      Ayat ko agak kasar & mcm kurang ajar..tapi betul la tu apa ko ckp tu..yg bab lain semua pakat pejam mata..

      Padam
  2. jumpa aje nik aziz mintak restu. bukan susah.

    BalasPadam
  3. Tanpa nama 9:02,
    "janganlah hipokrit...korang ni sema tak pernah ke terbabit dalam benda2 mcm ni?" Ayat ni biasanya ayat orang yg memang buat kerja yang sama. Yang marah ialah yang tak buat. Cerita sekarang ni bab arak beb (darjat paling tinggi dalam 7 dosa besar, itu pun kalau lu tahu la) takde kaitan bab kedai takde sijil halal. Topik sijil kedai makanan halal tu banyak ada dlm blog lain. Kau komen la dalam blog lain tu secara terbalik pulak macam ni " lantaklah dia nak makan kat kedai tak halal..korang peduli apa? bab2 mcmni semua melayu nak jadi juara konon tapi bila melantak arak kat disco dan pub org bukan Islam yang terang2 takde sijil halal takde lak sapa2 nk kecoh". Sampai kiamat la tak setel beb. Last2 dengan kau, dengan aku2, dengan pemimpin, dengan masyarakat ramai2 beratur masuk neraka.

    BalasPadam
  4. 11 September 2012 9:02 PG
    Ayat ni penagih dadah memang suka. "lantaklah dia nak hisap dadah ke tak nak hisap ke..korang peduli apa?
    Dan ayat ni pulak confirm penyamun suka. "lantaklah dia nak rompak ke tak nak rompak ke..korang peduli apa? Saje je nak tunjukkan betapa bijak dan kritisnya pemikiran orang yang bernama 11 September 2012 9:02 PG. Awak duk dalam tgh2 hutan tu, buat je apa suka confirm takde orang peduli. Apa punye jenis masyarakat la mcm ni.

    BalasPadam
  5. ostadah abby abadi tolong komennnnn

    BalasPadam
  6. kena lah buat budi pekerti yang baik2...jangan pula buruk sangka je

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online