BREAKING NEWS

Penyanyi wanita popular persendakan tudung..?

Sekarang ni kalau kita tengok, semua artis pompuan berlumba-lumba nak pakai tudung.. Ada yang pakai tudung semata-mata nak masuk politik, dan ada pulak artis yang ikut trend..

Sebagai contoh.., ostazah Abby pakai tudung kerana nak jadi penceramah Pas.. Sama jugak dengan Ostazah Aishah..

Tapi gua kesian dengan artis yang sorang ni.. Beliau dikatakan mempersendakan tudung hanya kerana sebuah program raya..

Rupanya.., program tu dirakam sebelum beliau bertudung.. Dan sekarang ni memang beliau konsisten bertudung...

So.., teruklah artis tu kena hentam dengan peminat... Itulah yang buat gua kesian sangat dengan beliau.. Kalau ostazah Abby kena hentam, itu gua suka sebab memang patut pun dia kena macam tu..

Korang cuba bayangkan.., baru je jadi Ostazah dua tiga bulan.., Abby dah berani pertikai bekas mufti Perlis.. Tak ke bingai namanya tu beb?


SELEPAS dicemuh kerana dikatakan mempersendakan hijab berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya, penyanyi dan pelakon, Shila Amzah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

"Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen tv dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun dirinya ditimpa pelbagai kontroversi, dia tetap menjaga karier nyanyiannya, dan baru-baru ini dia telah mengambil keputusan untuk mengaktifkan kembali akaun Twitternya selepas menutup laman sosialnya sejak seminggu lalu.

"Banyak respon saya terima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat pula. Ada yang suka dan ada juga tidak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter saya," kata pelantun "Patah Seribu".

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online