BREAKING NEWS

Ostazah Abby KECEWA banyak fitnah dilempar kepadanya...

Penceramah terbaru Pas, Abby Abadi kecewa kerana terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepadanya selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.

Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.


p/s: Kecewa banyak difitnah atau kerana banyak buat fitnah?

9 ulasan :

  1. memanglah orang anggap ko mengarut dah terang2 PAS tu parti politik bukan yer parti dakwah atau ngo dakwah, asas perjuangan PAS adalah untuk politik bukannya untuk berdakwah..kalau betul nak berdakwah pergi dengan ngo2 islam yang bertungkus lumus ke sana ke mari tunuk berdakwah bila buka mulut kerana allah bukan kerana politik.

    benda macam ni pun tak leh nak bezakan???

    BalasPadam
  2. Saya adalah penyokong totok Ustz Abby. Saya merupakan salah sorang yg pertama gembira sgt bila dia bertudung. Setiap twitter dan syarahan beliau saya ikuti dgn bersungguh2. Apabila saya baca twitter beliau yg terbaru, saya terus mencadangkan kepada suami saya agar dia tidak mewalikan anak2 perempuan saya apabila mereka akad nikah nanti, kerana suami saya aktif bermain tennis. 4 kali seminggu, dan berseluar pendek bila bermain tennis. Tetapi tanpa saya duga, suami saya sgt berang dan mencurigai anak2 kami semua itu mungkin bukan anaknya. Saya tak pernah curang, tapi suami saya sudah curiga. Saya sungguh sedih kerana hubungan kami yg selama ini rukun dan saling mempercayai sudah tercemar dan kini suami saya sudah membuat appointment utk menguji DNA anak2 saya semua yg seramai 4 org, bukan hanya anak2 perempuan saya saja! Saya sungguh tertekan!

    BalasPadam
  3. Ayat ni yang paling best dan nampakkan kebodohan betina ni"Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan...ada ke syurga dan lakonan dia buat perbezaan.

    Abby ko pergi laa belajar agama dulu baru la buat ceramah dipentas PAS..berdakwah kepala hotak ko kalau ko cuma dok merapu je..kat nas mana ko jumpa yang ko mengatakan bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali..dari mana minah ni belajar ..sekiranya betul sila kemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.

    “Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

    Memang laa lelaki yang memakai seluar pendek itu mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan. pada hakikatnya setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali. “

    Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat?

    Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T. “Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan.

    Abby ..daripada ko dok cakap merapu ni lebih baik ko fikir balik apa yang telah ko lakukan dahulu sehinggakan bawak anak ikan melencong keluar negara..kalau nak mendalami agama pergi la kepada tuan guru pondok yang tak melibatkan diri dengan politik..



    BalasPadam
  4. pergi mampus lah ko aby..dah tua buatlah cara dah tua...lagi nak mengarut macam orang muda apsal..memang patut norman kawin dengan memey

    BalasPadam
  5. baru kau tahu abby...tulah nk tunjuk pandai sangat.....baru blajar abc cakap mcm dah sarjana...kalau setakat baru nk mngenal halal haram jgnlah pandai2 mmbuat hukum...

    BalasPadam
  6. Ada banyak badan-badan dakwah yang bergiat aktif, kenapa kau masuk parti politik ?? Lepas tu kau mengongoi pulak salahkan orang lain sana-sini.

    Apa kau ingat berdakwah tu hanya berceramah atas pentas politik saja ?.. dah tu berlagak macam warak yang tahu serba-serbi bab agama, habis segala mufti dan ulamak nak kau sanggah.

    Abby !, kau ni bangang ke bebal ??

    BalasPadam
  7. Kalau nk insaf...xpyh gunakan parti politik sbg platform....byk ustaz...kelas2 ugama 2 yg ada.....

    BalasPadam
  8. Saya baru blajar a,,,, b,,,, alif,,, baaa....

    Boleh saya jadi pakar ugama

    BalasPadam
  9. korang xnak ke nikah ngan oztazah ni? cian dier, koman2 kalu da bnikah blh la suami didk dier
    kihkihkih

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online