Kerajaan Pas Kelantan sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.
Menurut beliau, pembinaan laluan keretapi itu akan menggunakan wang dari bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
"Jadi saya berharap Kerajaan Kelantan masa depan boleh buat jawatankuasa untuk mengkaji membina laluan keretapi laju mengguna duit royalti.
"Duit royalti dari telaga (Bunga) Kamelia sahaja bermula tahun hadapan akan diperolehi kelantan insyaAllah RM500 juta satu tahun.
"Kalau kos keratapi laju RM4 hingga RM5 bilion, itu masih dalam kemampuan kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini.
Tambah beliau lagi, pembinaan itu nanti akan membantu perkembangan ekonomi Kelantan selain mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan perhubungan.
Pembinaan itu juga dilihat akan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman terutama di musim perayaan dan cuti umum.
"Keretapi yang ada sekarang ini terlalu perlahan dan laluannya masih laluan yang dibuat oleh penjajah dahulu.
"Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL lebih cepat dan selesa," katanya.
p/s: Lebuhraya apa cerita Husam?? Sekarang ni janji nak buat keretapi laju lah pulak.. Podahhh!!!
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Bukan nak buat keretapi laju, tapi tempat keretapi lalu......silap taip agaknya tu...
BalasPadamLaksanakan dulu pemutihan dan bersihkan air berkarat yang diminum oleh rakyat Kelantan..buat dulu jambatan dan jalan yang dah lancarkan batu asasnya..jangan jadikan batu asas tu tempat tambat kambing pulak setakat janji dengan air liur sape pun boleh buat tapi laksanakan lah apa yang dijanjikan.
BalasPadamKalau betul nak buat keretapi laju tu dah tentu la ustazah segera Abby jadi pelayannya..
Iniler masalah besar puak-puak pembangkang niii....buat rancangan angan-angan!! Sumber kewangan belum pasti...dah umum angan-angan!!!
BalasPadamIslam the way of my life..sedara2 brcakap mcm sedara ni xde agama..Subhanallah..
BalasPadamKeretapi laju ??,..sengaja nak tunjuk pandai, kononnya si Husam tu ada wawasaaaann, ..boleh laa jadi next MB.
BalasPadamSampai sekarang kepala paip yang tak berair tu apa cerita ??..selesaikanlah dulu !!
hurmmmmmmmmmmmmmm
BalasPadamcakap je sape pun boleh.......stakat pakai air liur,jambatan pulau pinang pun boleh alih ke johor. kasi jernih air paip dulu la wei....
BalasPadamangan2 tak jadi dah sebab tak dilantik jadi exco.
Padam