Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar kini dalam keadaan trauma akibat nyaris terkena balingan kasut oleh sekumpulan masyarakat yang hadir membantah majlis tazkirah Maghrib bersama Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Star Kedah.
Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.
“Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya.
“Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid,” katanya ketika dihubungi.
Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.
“Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik,” katanya.
Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah.
Mahfuz berkata, tindakan Perkasa itu seolah provokasi politik pihak tertentu dan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu memandangkan,Pengerusi Perkasa Kota Setar memegang jawatan dalam Umno.
“Saya kesal seorang pemimpin Umno bertaraf Datuk sanggup mengepalai gerakan mencemar rumah ibadat, dan gelaran itu wajar ditarik balik ekoran dianugerahkan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Kedah,” katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
heran mencemar masjid, tapi anwar yang mencemarkan masjid bagi tazkirah tanpa tauliah dan juga politik dalam masjid itu tak mencemarkan masjid ke?
BalasPadamtau da...skrip nye tetap sama gak...kalau jadi gini kat wali2 pakatan konfem diorang ckp "nie sume kerja org UMNO gak...tak pun mesti kerja geng2 Perkasa le nih.."
BalasPadamtakdak tauliah blh kawtim lg. Tapi kalau dah sah peliwat yg bg tazkirah, alamat kiamat dah dekat. Taubat la saudara Muslim sekelian.
BalasPadamOrang macam Pak Syeikh la yg mencemar masjid...yang kelakarnya ada pulak yg nak dengar tazkirah Pak Syeikh Anwar yg hidupnya pahala dosa dibuat main-main saja. Pagi jadi ustaz...tengahari jadi imam...malam balun jubur orang...akai tadak!! Tuhan dah tunjuk macam2 petunjuk dalam 2-3 tahun ni mengenai Ustaz Jubur ni untuk makhluknya yang berakal berfikir...jangan dek kerana taksub sangat kita dah tak endah dengan petunjuk2 tersebut.Apa petunjuk2 tu...fikir la sendiri. Jangan sampai Malaysia ni dilanda gempa bumi dahsyat yang tak pernah terfikir dek akal macam di Pompeii dan kepada kaum Nabi Lut baru nak menyesal tersalah pilih pendokong LGBT jadi PM.
BalasPadam