Sebenarnya semua lelaki diciptakan Tuhan dengan kehenseman yang semulajadi. Namun sebagaimana wanita, semua bergantung kepada dorang sendiri untuk menyerlahkan kehenseman masing-masing.
Bagaimana untuk menyerlahkan kehenseman tersebut? Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, seperti juga wanita, iaitu penampilan diri dan juga keyakinan diri.
Tak guna kalau korang adalah seorang yang bijak dan pandai macam mana sekalipun jika korang tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi.
Apa kena mengena antara keyakinan diri dengan kehenseman? Secara asasnya, apabila korang dah ada keyakinan diri ataupun dalam bahasa moden disebut karisma yang tinggi, aura korang akan nampak lebih bertenaga.
Contohnya, seringkali kita melihat lelaki yang tak berapa hensem atau yang biasa-biasa je berkahwin (atau berjaya mengorat) perempuan yang cun giler. Sebaliknya, tak kurang ramainya yang kita lihat lelaki yang hensem dan baby face tapi isterinya biasa-biasa jer macam kita (atau isteri kita)...
Apapun, mungkin tips ni akan sedikit sebanyak membantu korang untuk tujuan meningkatkan penampilan diri dan juga keyakinan diri. Itupun kalau korang tak hensem la kannn....
1. Jangan putus asa beb... Tak semua orang menilai manusia dari fizikalnya.., boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya..
(DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER)
2. Jangan salahkan diri korang kalau terasa tak hensem.., salahkanlah orang tua kerana tak hensem itu datang dari keturunan.. ye kan??
(LIKE FATHER LIKE SON)
3. Perbaiki kecantikan dalaman korang.., itupun kalau korang memang berasa sisi luar korang tu memang hampeh.
(THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN)
4. Jangan sakit hati kalau korang dikatakan tak hensem.., buat bodoh je lahh... Jadikan film Beauty and The Beast sebagai inspirasi..
(NO GAIN WITHOUT PAIN)
5. Jadilah diri korang sendiri.. Kalau korang tak hensem.., bersyukurlah. Mungkin kalau korang terlebih hensem.., korang mungkin akan banyak dosa... Sapa tahu kann..?
(JUST BE YOURSELF)
6. Kalau orang lain menilai korang tak hensem.., janganlah ambil hati.. Korang kena ingat bahawa penilaian manusia tidak selalu benar..
(THE TRUTH IS OUT THERE)
7. Yang cakap tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar korang sebenarnya beb.. Misalnya mungkin korang tak hensem bila berada di Malaysia..., tapi kalau korang duduk di Afrika, boleh jadi paling hensem tu beb.. Maknanya.. apa kata korang pindah je ke sana...
(THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE)
8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Korang cuba tanyakan perkara ni kepada orang yang tak hensem…
(LOVE IS BLIND)
Kalau korang membaca tips ini sampai habis, bererti korang memang terasa diri korang tak hensem..
Dan kalau korang sendiri rasa diri korang tak hensem, apalagi orang lain melihat korang disepanjang masa….
So.., berfikiran positif beb.. Anggap je semua orang tu ada kelebihan masing-masing.. Dan cuba anggap bahawa tak hensem tu bukan bermakna pengakhiran bagi segalanya...
p/s: Gua tak hensem.., tapi orang selalu tersalah anggap gua ni sebagai Johnny Depp... Hahahahaha...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
macam ni pon ada ka.. haha
BalasPadambetui betui betui
BalasPadam