BREAKING NEWS

Video RAYA dari Petronas yang SUPER GENIUS...

Apabila menjelang sambutan Aidilfitri, salah satu tarikan utama pastinya adalah iklan di televisyen.

Ramai yang ternanti-nanti iklan yang unik serta memberi penuh makna kepada diri mereka.

Bila disebut berkenaan iklan yang unik serta menyentuh perasaan pastinya ramai yang akan membayangkan iklan hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Antara syarikat yang memonopoli filem pendek ini adalah syarikat gergasi Pertonas. Petronas antara pengeluar filem pendek yang sering berjaya memikat hati raya Malaysia.

Selain itu, Petronas juga sering tampil dengan kepelbagaian unik bagi menarik minat rakyat Malaysia menonton sekaligus menyampaikan mesej yang mendalam.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Petronas menghasilkan sesuatu yang unik pada tahun 2012 apabila berani menampilkan sebuah filem pendek raya.

Tambah menarik, filem pendek tersebut bukan sahaja memaparkan berkenaan sambutan raya Aidilfitri, malah ia turut berkisar sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.

Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat.

Selaras dengan tema Petronas pada tahun 2012, ‘Reimagining Energy’, elemen-elemen dalam filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati setiap penonton.

Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.

Jom layan video tersebut di bawah ni..


~Melayukini

1 ulasan :

  1. BERSYUKURLAH KITA SEBAB RAKYAT MALAYSIA. SERBA SERBI ADA. SEBAB ITU SUDAH2LAH CETUSKAN ISU2 SENSITIF ATAU KETEGANGAN KAUM DAN AGAMA. NEGARA KITA SUDAH CUKUP MAKMUR. JANGAN DIROSAKKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN YANG ADA SKRG HANYA KERANA TAMAKKAN KUASA..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online