BREAKING NEWS

DAP bagi RM 100K kepada Chong Wei untuk tutup malu?

Gua terbaca dalam pasal sumbangan RM 100K kerajaan DAP Penang kepada pemain badminton utama negara, Lee Chong wei.. (Baca Sini)

Kononnya, sumbangan tersebut adalah bagi menghargai Chong Wei yang memenangi pingat perak untuk negara.

Gua cuma terfikir, apakah sumbangan DAP tu ikhlas, ataupun ia sekadar untuk menutup malu setelah Lee Chong Wei dimalukan dengan begitu teruk oleh M.Manoharan, Adun DAP Kota Alam Shah?

Memang tak nafikan bahawa setiap individu yang mengharumkan nama Malaysia dimata dunia, layak untuk diberi pengiktirafan.

Tapi dalam kes Chong Wei, ia jadi istimewa beb sebab pemain tersebut telah dihina bertalu-talu oleh pemimpin DAP hanya kerana LCW kalah kepada Lin Dan..

Dan selepas kenyataan M.Manoharan dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia, pemimpin kesayangan DAP tersebut hanya meminta maaf melalui laman Twitter saja.. Mana cukup beb!!!

Lepas tu.., cuba korang perhatikan.., permohonan maaf Manoharan tersebut disusuli pula dengan pengumuman bantuan RM 100K dari Guan Eng di Penang..

Jadi.., sebab tu lah pemberian RM 100K tersebut boleh dilihat sebagai salah satu usaha Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP untuk menutup malu terhadap hinaan dan kejian yang dilakukan oleh Manoharan kepada LCW.

Persoalannya sekarang.., kalau betul lah duit tu sebenarnya bertujuan untuk tutup keterlanjuran Manoharan menghina Chong Wei, adakah ia berbaloi beb?

Adakah maruah dan harga diri Chong Wei yang dimalukan dan dihina begitu teruk oleh Manoharan hanya bernilai RM 100 ribu??

Dulu Naib Presiden DAP, Ungku Aziz dibayar hanya RM 50K saja untuk tutup mulut selepas dipaksa meletak jawatan.

Sekarang ni korang tengok.., Lee Chong Wei pulak jadi mangsa perangai rasuah DAP..

Kalau macam ni, gua rasa Guan Eng bukan saja patut tukar CAT kepada DOG.., malah disarankan agar CAT ditukar kepada PIG!!! Baru kena beb... Hahahahaha...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online