BREAKING NEWS

SADIS!!! Mayat pun terpaksa tunggu air di Kelantan..

Bila kita dedahkan tentang masalah bekalan air di Kelantan, ramai puak-puak penjilat Nik Ajis meroyan marah kononnya kita buat fitnah..

Tapi korang tengoklah sendiri beb.., sekarang ni bukan setakat yang hidup je merana akibat tak ada air di negeri pentadbiran orang tua nyanyuk tu.., mayat pun terpaksa tunggu untuk dimandikan

Ini semua bukti jelas bahawa Pok Nik tak reti nak buat kerja dan makan gaji buta..

Yang Nik Aziz tau hanyalah sibuk doakan orang pecah perut sebab royalti.., lepas tu ke hulu ke hilir naik Mercedes promote air mineral jampi..

Ishh..., rakyat Kelantan buta gamaknya bila benarkan orang tua tu terus jadi MB? Kalau setakat cakap je pandai.., baik bagi Ibrahim Ali je jadi MB di Kelantan.. Huhuhuhu...

Masalah air di Kelantan semakin meruncing apabila urusan pengebumian seorang warga tua dari Kampung Simpangan, di sini kelmarin, terganggu selepas tiada air untuk memandikan jenazah.

Jenazah Che YahChik, 93, yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi akibat sakit tua di Hospital Tumpat, sepatutnya dimandikan sebaik dibawa pulang awal pagi berkenaan, namun terpaksa ditangguhkan sehingga jam 11.30 pagi akibat tiada air.

Cucu arwah, Mahadi Mokhtar, 47, kesal kerana pihak bertanggung jawab, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan kemudahan sepatutnya kepada pengguna terutama pada waktu kecemasan seperti itu, malah masalah bekalan air sudah dihadapi penduduk sejak awal puasa.

“Saya tak sangka keadaan jadi lebih teruk apabila tidak dapat menyegerakan urusan memandikan jenazah nenek. Sepatutnya urusan pengebumian dilakukan sebelum Zuhur sebaik jenazah dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi, namun disebabkan tiada air ketika itu, ia terpaksa ditangguhkan.

“Seorang saudara kami akhirnya menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air ke rumah dan selepas hampir empat jam menunggu, barulah jenazah dapat dimandikan jam 11.30 pagi selepas AKSB menghantar bekalan air menerusi sebuah lori tangki,” katanya.
Kecewa khidmat AKSB

Beliau yang lega selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bendang Pak Yong, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang, kecewa dengan perkhidmatan disediakan AKSB sehingga menyusahkan penduduk melakukan pelbagai urusan termasuk memandikan jenazah.

“AKSB seharusnya sudah lama mengatasi isu bekalan air ini. Sepatutnya pada Ramadan ini, pengurusan syarikat itu harus peka dengan keperluan pengguna terutama dalam membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.

1 ulasan :

  1. Manik dibungkus dengan kain
    Sebab lama tidak berniaga
    Poknik kalau kt negeri lain
    Dah lama kena buang kerja.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online