BREAKING NEWS

MAT INDON tertinggal IC ketika merompak..


Seorang ibu tunggal dan dua orang anak lelaki beliau cedera dalam pergelutan dengan 3 perompak bersenjatakan parang di rumah mereka di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan di sini semalam.

Salah seorang mangsa, seorang lelaki berusia 35 tahun, telah dirawat di wad akibat kecederaan teruk manakala adik serta ibu beliau yang berusia 61 tahun diberikan rawatan pesakit luar untuk luka di kepala dan muka.

Penyerang dipercayai warganegara asing. Salah seorang daripada penyerang tersebut secara tak sengaja telah meninggalkan beg galas yang mengandungi telefon bimbit dan kad pengenalan Indonesia.

Ketua Polis Serdang, Penolong Pesuruhjaya Abdul Razak Elias berkata wanita itu diserang ketika dia turun ke tingkat bawah rumah teres dua tingkat tersebut untuk memeriksa bunyi bising.

"Semasa kekecohan itu, anaknya yang berusia 35 tahun bergegas turun dan bergelut dengan perompak terbabit dan dikelar beberapa kali.

"Adiknya juga dikelar di atas kepalanya apabila dia turut turun memberi bantuan kepada abngnya. Bagaimanapun, perompak terbabit berjaya melarikan diri dengan rantai emas dan beberapa barangan berharga lain," katanya.

Beliau berkata polis telah memeriksa beg galas yang dipercayai milik salah seorang suspek yang mengandungi telefon bimbit dan kad pengenalan kepunyaan Syafruddin, 28, dari kampung Tarusa dalam Buer, Sumbawa.

Hasil pemeriksaan Polis dengan Jabatan Imigresen telah menunjukkan lelaki itu memasuki negara ini dua bulan lalu.

Polis dengan unit K9 kemudiannya menjalankan operasi untuk menjejaki beberapa kawasan penempatan pekerja asing termasuklah tiga kongsi rumah berhampiran bagi mengesan perompak terbabit.


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online