BREAKING NEWS

Budak 13 tahun dah pandai lari ikut jantan...

Seorang gadis sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk bersama kekasih hatinya yang baru dikenali sejak sebulan lalu.

Gadis berusia 13 tahun itu dipercayai tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah di Bandar Baru Ampang, di sini, sebelum mereka ditemui bapa gadis terbabit yang mencarinya sejak melarikan diri dari rumah, Ahad lalu.

Lebih malang, gadis terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 30 tahun.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bapa gadis berkenaan yang geram dengan tindakan lelaki terbabit kerana mengambil kesempatan ke atas anak gadisnya, terus menghubungi polis sebelum lelaki itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

Sumber berkata, gadis terbabit yang baru mengenali teman lelaki sebulan lalu melalui laman sosial sanggup bertindak melarikan diri dari rumahnya di Ampang, sebelum tinggal bersama teman lelakinya itu.

“Gadis berkenaan berjumpa dengan teman lelakinya sebanyak empat kali sejak sebulan lalu dan mengadakan hubungan seks pada pertemuan kedua,” katanya


p/s: Nanti bila termengandung, baru nak balik cari mak bapak.. Dan bila mak bapak tak terima, lepas tu buang anak baru lahir merata-rata.. Melayu semakin layuuu....

1 ulasan :

  1. kehkehkeh...

    BETUL LA TU UTK MELAYU MAKIN LAYU!!! UMNO LA TU KEHKEHKEHKEH BODO SOKMO..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online