BREAKING NEWS

Masalah air di Kelantan bukan kerja saya... - Pok Nik Ajis

Nik Aziz mengambil sikap lepas tangan terhadap masalah air yang kini serius melanda beberapa jajahan terutama di Pasir Mas.

Beliau yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata, masalah dihadapi penduduk itu bukannya kerja beliau kerana ia adalah tanggungjawab pegawai ditugaskan di kawasan berkenaan.

“Tempat tertentu itu bukan kerja saya, pihak berkenaan tempat itu yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai masalah air di Pasir Mas yang sudah berlarutan beberapa hari sehingga menjejaskan kerja harian penduduk selain pendapatan peniaga kecil di jajahan itu.

Selain Pasir Mas, jajahan Tumpat juga mengalami masalah sama apabila urusan memandikan jenazah satu keluarga terganggu selama empat jam disebabkan tiada bekalan air sehingga terpaksa menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air.

Ditanya apakah usaha kerajaan negeri mengatasi isu ini, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri sudah berikhtiar untuk menjaga air dan sudah menubuhkan jawatankuasa khusus di setiap jajahan bagi memantau masalah berkenaan.

“Selain itu, masalah air di negeri ini mungkin berlaku disebabkan kakitangan yang diperlukan dalam menjalankan kerja di sektor berkenaan tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berharap kakitangan atau pegawai yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan air supaya jangan berpeluk tubuh apabila mengetahui ada berlaku masalah air di kawasan mereka.

“Sekiranya dia (pegawai) tahu mengenai sesuatu tempat yang tiada bekalan air, sedangkan dia sebagai pegawai mengambil sikap duduk diam, maka pegawai terbabit akan menanggung dosa nanti,” katanya.


p/s: Kepala hotak mu lah Pok Nik oiii... Kalau dah tak boleh nak selesaikan keperluan asas rakyat, letak je lah jawatan.. Takkan itu pun nak kena orang tolong ajar..

1 ulasan :

  1. kena kat batang hidung sendiri, terus salahkan orang, tapi kena kat orang lain, abis semua peringkat jawatan disabitkan kesalahan.
    Kalu gitu senang la pasni, semua main tuduh-mnuduh orang lain yg buat hal, dari peringkat atasan tolak ke bawah, tolak sampai ke peringkat bawahan last2 kerani kaunter bayaran yang kena. pasal dia yang paling bawah.
    yang atas duk goyang buah tunggu gaji...

    LANCAUUUU

    APTB..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online