BREAKING NEWS

Artis lelaki ni pulak "BELASAH" Ostazah Abby..

“Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

“Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam,” kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.

Iqram tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan. Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak.

Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik.

Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya.

Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif.

“Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.

“Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh,” katanya.

Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.

Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini.


p/s: Ostazah Abby patut malu dengan Iqram.. Nak cari agama bukannya bermakna terpaksa masuk politik.. Jangan ingat masuk Pas tu dah boleh dapat tiket syorga yee...

3 ulasan :

  1. kalau nak belajar ke nak taubat ke tak payah la nak tunjuk kat orang, pakai serban besar pun klau nak menunjuk -nunjuk , takut tak diterima taubat nye

    BalasPadam
  2. Iqram teruskan Istiqamah

    BalasPadam
  3. Iqram dan saudara seagama, cari/ dalamilah agama dengan tiada rasa prasangka dari org sekeliling, kekalkan sebagai ahli sunnah waljamaah bermahzaf Syafiee, mudah dan banyak kesederhanaannya dalam beribadah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online