BREAKING NEWS

Anwar TERBUKTI lagi ZUHUD dari Nik Aziz...

Nik Aziz kalau nak kemana-mana program, dia mesti naik kereta mewah.. Tak kiralah sama ada Mercedes ataupun kereta mewah kerajaan negeri...

Mana pernah kita dengar Pok Nik naik kereta kancil atau teksi kalau nak kemana-mana beb..

So.., sebab tu lah gua kata Anwar terbukti lebih ZUHUD dari Pok Nik Ajis.. Pasal apa? Pasal Anwar akan turun jumpa rakyat hanya dengan naik BAS... DIULANGI... naik BASSS!!!

Inilah bukti kezuhudan Anwar beb.. Hari tu Anwar kata dia tak mau duduk di Putrajaya kalau jadi PM.., la ni dia tak mau pulak naik kereta mewah untuk jumpa rakyat..

Perghhhh..., ini baru pemimpin anugerah tuhan sepertimana yang Kak Jijah selalu kata... Hahahaha....



--------------------------------------------

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah empat negeri bermula 31 Ogos ini dengan menaiki bas untuk bertemu rakyat sempena sambutan hari raya.

Menurut Penyelaras Politik Pejabat Anwar, Abdul Rahman Yusof, program dinamakan Jelajah Bas Sempena Aidilfitri Bersama Anwar yang diadakan selama tiga hari itu dijadual bakal menyelusuri empat negeri membabitkan Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.

“Program dimulakan dengan pelancaran jelajah pada sebelah pagi 31 Ogos di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya sebelum bertolak ke destinasi pertama iaitu Bentong, Pahang untuk sambutan Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan.

Jelajah diteruskan ke enam daerah di Kelantan termasuk program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Padang Majlis Tanah Merah bermula jam 9.00 malam.

Penceramah dibarisi Anwar sendiri, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah; Adun Bukit Panau, Fatah Mahmud dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abd Ghani.

Abdul Rahman berkata, jelajah diteruskan pada hari kedua dengan program sambutan Aidilfitri ke Kota Bharu dan Bandar Jeli sebelum bertolak ke Gerik, Perak.

“Manakala pada hari terakhir, rombongan akan menjelajah ke empat daerah di Kedah iaitu Kuala Perlis, Changlun, Padang Terap dan Alor Setar,” jelas beliau lagi.

Solat dan tazkirah Maghrib akan diadakan di Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar disusuli ceramah perdana di Perkarangan Stadium Darulaman.

“Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dijadual turut hadir sebagai panel dalam ceramah tersebut,” katanya.

4 ulasan :

  1. wah! bas mewah macam milik ketua Arqam dulu ke ??
    kalau macam tu memang zuhud laa...

    emmmm alahai.....

    BalasPadam
  2. Xla bas buruk macam najib dengan zambri metallic naik dulu

    BalasPadam
  3. hahhah..gmbr kat ats tu masa rasmi pameran keta..laaa..hahahah

    BalasPadam
  4. Bengong zuhud tu letaknya di hati bukan luaran...akai ada ka?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online