BREAKING NEWS

[18SG] Rakaman CCTV Samun bersenjata di RnR Butterworth - Kulim Expressway


Kepada sesapa diluar sana dan juga pembaca blog gua yang menggunakan lebuhraya Butterworth Kulim Expressway terutamanya yang selalu berhenti di RnR tersebut, gua harap korang berhati-hatilah ye..

Gua dapat makluman bahawa kejadian samun khususnya terhadap penunggang motorsikal memang berleluasa di situ.. Yang jadi dalangnya ialah Mat-Mat rempit celaka dikawasan sekitar..

Macam yang korang boleh tengok dalam video dibawah, seorang pemuda telah disamun oleh dua ekor Mat rempit ketika dia sedang membayar duit bagi mengisi minyak..

Kejadian tersebut berlaku pada bulan puasa.., dan lagi lebih kurang seminggu sebelum umat Islam sambut Aidilfitri... WTF!!!

Bukan duit je kena samun beb.., motor mangsa pun mat rempit celaka tu rembat sekali...

Malangnya.., ada dua tiga orang pelanggan stesyen minyak tu hanya bertindak sebagai pemerhati bebas saja.. Termasuklah pekerja di stesyen minyak tersebut yang seakan disumpah jadi tunggul kayu...

Mentaliti macam ni lah yang buat gua malu dengan rakyat Malaysia.. Penakut nak mampus untuk bantu orang yang dalam kesusahan..

Nasib baik gua tak ada ditempat kejadian.., kalau tak, dah tentu ada yang jadi mangsa "pedang samurai" gua yang sentiasa tersedia dalam kereta..

So.., nasihat gua kepada semua rakyat Malaysia.., jangan biarkan negara kita jadi macam di China.. Dan jangan biarkan rakyat Malaysia tersenarai sebagai rakyat yang penakut kepada penjenayah!!

2 ulasan :

  1. aku rasa ni bukan kes samun ni bro ... kes tarik motor tak bayar ka.., hutang tak bayar ka.., atau hal lain. Kalau samun dia cepat saja ... xdak nak begelut gelut 4, 5 min. Ini aku agak2 saja laaa ... kalau silap, aku mintak maaf ok.

    BalasPadam
  2. Ini nampak macam pertelingkahan peribadi saja,...kalau samun tak mungkin dua orang penyerang tu nak dedahkan diri sebegitu lama.

    ..tapi rakaman ini memang menarik dan mengejutkan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online