BREAKING NEWS

Aishah marah media ungkit peribadi Ostazah Abby...

Bekas penyanyi yang kini menjadi penceramah Pas, Aishah, melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau.

Menurut Aishah, tindakan itu kerana tidak berpuas hati pihak berkenaan terhadap mana-mana artis yang telah berhijrah.

“Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah.

“Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini.

Beliau juga melahirkan rasa kesal apabila sesama Islam mengutuk penghijrahan artis terutama di laman social facebook dan twitter, sedangkan memperkatakan keindahan Islam menjadi tanggungjawab semua pihak.

Sambungnya, tidak semestinya golongan ustaz, ustazah sahaja wajib menerangkan kebaikan Islam, sebaliknya semua manusia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab itu.

“Ini tidak, ustazah jadianlah, dah nak senja baru nak insaf dan macam-macam lagi,”ujarnya sambil ketawa kecil.

Katanya, sepatutnya mereka berikan sokongan pada artis yang telah berhijrah.

Menurutnya, beliau sendiripun membuat keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan parti PAS yang membela nasib masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

"Jadi siapa lagi kita nak tumpang, kalau bukan sebuah perjuangan yang membawa kebaikan dan kebenaran untuk kelangsungan kehidupan yang kekal di akhirat?”ujarnya.

8 ulasan :

  1. Salam.

    Berhijrahlah kepada Islam. jangan berhijrah kepada Pas. Sebab Pas bukan agama yang diwahyukan oleh Allah. Ia ciptaan manusia.

    BalasPadam
  2. Salam.

    Berhijrahlah kepada Islam. jangan berhijrah kepada Pas. Sebab Pas bukan agama yang diwahyukan oleh Allah. Ia ciptaan manusia.

    BalasPadam
  3. kalau ko bertaubat dan mula tutup aurat xder yg nak kisah pun tetapi bila ko dah masuk politik dan mula serang parti lawan memang lah pihak lawan akan cari peluang untuk serang balik.

    BalasPadam
  4. Folo la anwar ibrahim.... Selamba jer muka dia anak beranak....

    BalasPadam
  5. semua orang ada kisah lampau baik mahupun yg tak baik. cuma bile sudah berhijrah jangan le lupa asal usul dan lupa daratan, mane bumi dipijak disitu langit dijunjung.sedar la semua manusia saling lengkap melengkapkan. maka usaha la untuk diri sendiri lebih baik dari mengata mahupun mengutuk orang lain

    BalasPadam
  6. PAS ini hanya parti yg ditubuhkan oleh hawa nafsu dan berfahaman sesat. dlm PAS dipenuhi dgn fahaman sesat SYIAH ! sperti saudara mereka kaum majusi di iran mempergunakan 'SAIDINA ALI' dan 'AHLUL BAIT' untuk memecahbelahkan perpaduan sesama umat ISLAM di dunia begitu jugalah halnya dgn PAS. ini yg mereka sedang lakukan di Malaysia dan mereka akan terus GAGAL kerana UMNO. DAPIG sebuah parti rasis laknatullah tp tapak kakinya dijilat2 oleh org2 PAS. kwujudan PAS hanya akan melemahkan umat ISLAM di Malaysia kerana fahaman sesat yg dibawa oleh mereka. pemimpin agung PAS poknik sanggup bergantung pd SYAITAN laknatullah demi nafsu. UMNO pula akan sentiasa berserah dan bergantung pada ALLAH SWT dari dulu kini SELAMANYA

    BalasPadam
  7. Adakah kita sudah mantap dengan ilmu? "Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China sekali pun. Menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat". Kalaulah air lautan dijadikan dakwat untuk menulis ilmu Allah tak akan habis. Kata-kata pegangan umat Islam ini adalah salah satu jalan untuk perjuangan ke akhirat. Pelajarilah dan amalkanlah supaya kita dapatkan kemenangan dalam perjuangan kita. Renung-renungkanlah!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online