BREAKING NEWS

SEDIH!!!! Imam Masjid kena TIPU dengan Guan Eng di Penang..

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim menolak dakwaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menaikkan elaun imam masjid kepada RM1,000.

Malik berkata, imam masjid terbahagi kepada dua kategori iaitu masjid kariah dan masjid daerah. Imam masjid kariah tidak menerima gaji tetap sebaliknya hanya menerima elaun bulanan RM450 yang telah dinaikkan kepada RM750.

Katanya, imam masjid kariah hanya menerima elaun bulanan sebagai pembantu imam. Bagaimanapun, imam masjid daerah yang berjawatan tetap kerajaan pula akan menerima gaji gred S41.

“Imam masjid daerah akan menerima gaji bulanan bermula dari RM1,000 hingga RM3,000 bergantung kepada tempoh pengalaman memegang jawatan imam..,”

"Sekiranya mereka (imam) mendakwa Kerajaan Negeri akan menaikkan elaun imam kepada RM1,000, perkara itu harus dipersoalkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.." ujar beliau.

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji untuk menaikkan elaun imam masjid kepada RM1,000 seperti yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum pada tahun 2008.

Pada masa itu, Guan Eng berjanji akan menaikkan elaun imam masjid kepada RM1,000 sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online