BREAKING NEWS

PANAS!!! Sasha ELITE bakal join Pas ikut Abby??


Meskipun belum berhijrah secara keseluruhan, namun bekas anggota kumpulan Ellite, Sasha Saidin, 36, akui dia kini sudah mula melakukan penghijarahan diri sedikit demi sedikit dengan mendalami ilmu agama.

Malah, sejak awal tahun ini, Sasha Saidin berkata dia mulai mengikuti kelas Usrah dan mendengar ceramah motivasi berteraskan agama untuk mendekatkan diri dengan Allah.

"Saya tidak berani nak sifatkan konsep hijrah Allah sebenar bagaimana tetapi saya sedar hati saya sudah mula terbuka sedikit demi sedikit untuk mendekati ilmu agama.

"Saya perasan Allah seperti telah membuka pintu hati saya untuk mendalami ilmu agama selepas saya didekati oleh rakan-rakan yang minat dan mengajak ke kelas agama dan Usrah.

"Bagi saya hanya Allah sahaja yang boleh menilai sama ada seseorang itu sudah berhijrah atau tidak.

"Tapi Alhamdulilah, hati saya lebih tenang kini apatah lagi saya baru sahaja khatam senaskah kitab al-Quran yang saya mulakan sejak 6 bulan," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Walau bagaimana pun, Sasha memberitahu dia lebih mementingkan penghijrahan hati terlebih dahulu sebelum dilihat berhijrah dari segi luaran iaitu berhijab.

"Saya kini sedang membersihkan hati dan mula mempelajari lebih banyak ilmu agama.

"Namun, saya belum lagi berhijab sepenuhnya dan hanya mula berpakaian sopan apabila di luar. Saya rasa penghijrahan itu harus bermula daripada hati dan baru ia akan disertai dengan perlakuan.

"Tetapi setiap kali ke kelas Usrah setiap hari Jumaat dan juga beberapa kelas agama saya pasti akan mengenakan hijab penuh," luahnya lagi.

Begitupun, Sasha Saidin yang baru sahaja disahkan bercerai dengan suaminya, Salyo Priyanto pada Selalu lalu memberitahu dia masih lagi menjalani kehidupannya seperti biasa dengan mengikuti beberapa aktiviti seni.

"Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa walaupun kini sudah bergelar ibu tunggal.

"Malah, masih menjalani aktiviti seni seperti modeling dan juga menjalani penggambaran untuk rakaman raya bagi beberapa program televisyen," tambahnya lagi.

Sasha dan Salyo telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia 3 tahun.

Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

3 ulasan :

  1. mengapa nak belajar islam mesti nak masuk pas....apa islam org lain tak masuk syurga ke...pe punya sempit otak-

    BalasPadam
  2. Biarlah dia nak berubah pun time diorang seksi dulu korang bt deq je x kecoh mcm ni pun.apa dah sesama islam pun nak bersangka buruk.dah tutup aurat tu syukur alhamdulillah.pegangan politiknya biarlah... Kitakan negara demokrasi
    Abg saleh wak tak rasa mereka akan menyesal jgn marah he he he

    BalasPadam
  3. Islam semakin berkembang pesat di Malaysia semua ini usaha kerajaan BN. Alhamdulillah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online