BREAKING NEWS

DAP ganti PAS di bulan Ramadhan...

Sebanyak enam buah masjid dan 16 buah surau di seluruh kawasan DUN Subang Jaya menerima sumbangan berjumlah RM 28,000 bagi menampung aktiviti bulan Ramadan.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh berkata setiap masjid diberi RM2,000 manakala RM1,000 diagihkan kepada setiap surau.

Beliau berharap sumbangan wang tunai dapat meningkatkan kegiatan keagamaan di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.

“Selain wang tunai, kita juga menyumbangkan kurma dan majlis berbuka puasa. Sumbangan ini diberikan awal Ramadan bagi meringankan kos dan beban pihak masjid dan surau.

“Sumbangan ini memang diberikan setiap tahun sejak 2008 lagi,” katanya, yang telah menyampaikan cek kepada semua wakil rumah ibadah itu semalam.


p/s: Baguslah bila Adun DAP bagi sumbangan ramadhan kepada surau dan masjid.. Bagi gua, itu dah memang jadi tanggung jawab dorang sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut..

So.., Dap dah bagi.., Pas bila pulak beb? Takkan asyik nak 'pau' duit orang kampung masa ceramah je.. Nanti kata Dap dah ganti Pas, meroyan pulak puak-puak jumud tu semua.. Hahahaha..

1 ulasan :

  1. Terlepas helang ditembak pemburu
    Ditengah rumah terjun sesumpah
    PAS mana ada masa nak buat begitu
    Hanya tau menadah kopiah!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online