BREAKING NEWS

AWAS!!! CIKGU PAS makin ramai di sekolah...

Korang ingat tak lagi isu seruan khutbah gulingkan kerajaan di Masjid Taman Guar Perahu, Penang pada Jumaat 22 Jun lepas?

Rupanya, khatib jemputan yang suruh 'gulingkan kerajaan' tu sebenarnya adalah seorang CIKGU yang makan gaji dengan kerajaan tiap-tiap bulan..

Duit kerajaan dia sapu.., bonus tiap tahun dia balun.., tapi masih tak reti nak berterima kasih pada kerajaan sebagai majikan dia..

Khatib tu sebelum ni mengajar di Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.. Gua juga difahamkan, beliau mengajar subjek Sains kepada pelajar disitu..

Entah apa yang cikgu tu marah sangat pada kerajaan sampaikan dia sanggup keluarkan doa agar kerajaan digulingkan yee.. Mungkin gaji dia selama ni tak cukup kot..?

Menurut makluman yang gua terima, cikgu tu sebenarnya dah lama ikut gerakan politik Pas.. Beliau juga selalu dijemput berceramah dan berkuliah didalam program Pas disekitar kawasan utara..

So.., tak heranlah kalau beliau terpengaruh dengan doktrin sesat Pas yang suruh rakyat gulingkan kerajaan demi Anwar beb..

Berikutan isu khutbah berkenaan, Cikgu terbabit sekarang ni dah ditukar ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor.. Meroyan lah tuduh kerajaan zalim..

Lepas ni, boleh lah beliau berkhutbah di Masjid-masjid sekitar Pulau tu pulak.. Tak pun.., berceramah je didepan ketam-ketam kat situ.. Hahahaha...

21 ulasan :

  1. bukan di sek2 sahaja, di universiti pun sama...
    malah di jab persekutuan...pun ramai yang bangkang..

    itupun kerajaan masih nak tlg gred guru,lecturer..
    korang bgtau kat kerajaan..tk payah la bagi bonus..sakit hati..aku dgr kat pejabat nih...
    gula2 pilihanrya....tp bile bagi pandai plak guna...

    manusia tak pernah bersyukur...

    aku tabik spring kat pakcik aku yg tinggal kat AMPANGAN,n9 memang org kuat PAS

    bg anak masuk Universiti al azhar, guna duit sendiri,,kebanyakkan anak2 dia semua die tanggung sendiri..dan keje pun swasta..itu baru betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetapi hendaklah ingat, walau apa pun dia selesa mencari rezki yg halal di ketika kerajaan sekarang memerentah dengsn aman dan rakyat dpt cari rezki tanpa diganggu gugat. Patut berterima kasih pd kerajaan sekarang dan bersyukur atas kurnian tuhan pada rakyat Malaysia. Kalau lah dijatuhkan kerajaan dan diganti dgn kerajaan baru blm tentu kita mndpat keselesaan sepert skarang. Hanys Allah lebih mengetahui.

      Padam
  2. Kawan sy sorang ni pun guru banyak kali dlm fbnya kutuk sindir kerajaan dan apa saja yg berkaitan kerajaan. Dia cakap dia bukan makan gaji dari kerajaan, tapi dia bekerja dan makan gaji daripada Yang Dipertuan Agung. Baru ni dia post pasal logo sambutan kemerdekaan ke 55 yang boleh dibuat hanya 5 minit, sama seperti stadard barangan di kedai 1 Malaysia..

    BalasPadam
  3. Ak knal cikgu nie..dia mmg tknal n rmai student area utara knal dia sbb slalu bg ceramah kt sek gak..

    BalasPadam
  4. Tanpa nama: surau hitam ampangan tu terkenal tu..markas

    BalasPadam
  5. salam
    di bulan ramadhan ni jgn terbawak2 perangai fitnah tu..
    imam tu tak da sebut pun kerajaan apa (nama parti politik), yang di sebut, 'gulingkan kerajaan yang korup' shj. kenapa? TERASA ke?

    lagi satu, tak kisah kau kerja ngan kerajaan atau tidak, kalau kita dah tahu sesuatu perkara tu tak betul, dah tiada kewajipan kita untuk sokong...

    BalasPadam
  6. Komen2 rakyat demokrasi la sangat

    BalasPadam
  7. dlm sistem pmrintahan Msia ni ada 2 ja pihak,satu kerajaan,lg satu pembangkang..
    klau dh dlm doa khutbah tu ckp kerajaan,nmpk sgt la tuju kt BN..x kan la kita paham doa tu tuju kt PR plak

    BalasPadam
  8. peniaga.. hang habaq mai apa yg kerajaan bt yg hang x patot sokong.. ko senaraiakn boleh x.. aku nak tau.. hak mana hak kerjaaan bt tu x betoi.. setakat ckap aku pun boleh hang x betol.. barua punya org.. dah rasa diri tu baik sangat.. sempurna sangat? tang org semua salah tang dia ja btol walau terang2 salah.. bukan nak kata atau hina..klu dah otak setakat peniaga x yah belagak otak PM.. maaf no.. untuk sedarkan diri hak duk mengutuk org.. termasuk aku..

    BalasPadam
  9. fakta yang tepat..

    friendlist dalam FB aku kebanyakkannya cikgu..
    99% sokong pembangkang secara terang-terangan..
    kalau la Najib tak bagi bonus..mereka sudah bersiap sedia meng'kafan'kan UMNO..

    BalasPadam
  10. Bro.. kena pandai bezakan antara KERAJAAN dan PARTI.. kerajaan ni BUKAN HAK MUTLAK umno. sesiapa yg kuasai kerajaan, tu sememangnya tugas dia bagi kesenangan kpd rakyat. kalau duit bonus dan macam2 lg yg lu cakap tu UMNO yg punya, baru lu boleh kutuk cikgu ni.. tp duit yg kerajaan bagi ni duit rakyat. semua rakyat berhak dapat wlupun dia di parti mana sekalipun..

    BalasPadam
  11. Kalau begitu, sekalung tahniah diatas ketegasan PPD dan pej. pelajaran negeri yang telah mengambil tindakan terhadap guru tersebut. kepada Kementerian Pelajaran, saya syorkan supaya diadakan satu bank data terhadap kegiatan melampau guru2 di setiap daerah. sesiapapun boleh membuat lapuran, setelah disiasat tentang kesahihan lapuran tersebut, nama guru yang terlibat bolehlah dimasukan ke dalam data tersebut. Sebarang pertukaran, utamakan guru2 yang berada di dalam senarai/data yang telah dibuat itu. sebarang kenaikan pangkat, nama calon mestilah bersih atau tiada didalam data.

    BalasPadam
  12. PGU = Penzina/peliwat/penfitnah Ganti Ulama... beginilah hasilnya jika terlalu tabsut pada parti hamPAS Nyoir

    BalasPadam
  13. Suka ceramah agama & motivasi dia...jika kutbah jumaat mmg tak akn lena...tp jika msuk politik memang hampeh!!!

    BalasPadam
  14. PAS itu bkn ISLAM. cuma parti politik fahaman sesatseperti syiah atau ayah pin. PAS melacurkan ISLAM demi kuasa politik tp UMNO mengunakan politik utk memperkasakan ISLAM !

    BalasPadam
  15. Kalau staff Aku hari2 Dok kutuk aku mesti aku buang punya...semua org pun sama.

    BalasPadam
  16. duit bayar gaji tu duit rakyat, jadi berjuang untuk rakyat bukan bodek pemerintah

    BalasPadam
  17. Aku rasa di kementerian pelajaran pun dah rmai puak lebai gila ni.mereka nilah yg akan sabotaj dasar melalui rahan2 yg membebankan guru2,yg kena marah sapa lagi kalau tak kjaan,begitu jugaklah dgn kementerian lain.

    Ada juga PPD yg dah majoriti org depa ni, maka disekolah apa lagi,naik tocanglah depa. itu pasallah puak2 hardcore ni mudah dilantik memegang jawatan di PPD dan jabatan.

    aku sebenarnya pelik,kenapalah pihak2 yg bertanggung jawab dah macam kena nasi kangkang dgn puak ni. dibiarkan bemaharaja lela. bukan susah nak trace depa ni. itu adalah sebab naper depa la ni dah berani dan tak kiash identiti depa di ketahui,dah ada payung di kementerian kut?!!

    BalasPadam
  18. NAPA TAK BUANG KE SARAWAK BAGI GILA MEEROYAN DI SANA

    MENTEDARAH DUIT KERAJAAN KUTUK KERAJAAN PULA

    BalasPadam
  19. Yang betul bukan semua PAS yang salah bukan semua UMNO, So rakyat kena faham kalau buat kebaikan kena sokong, kalau buat kejahatan kena bantah. Selama ini kerajaan buat yang terbaik untuk rakyat sehingga rakyat khususnya Melayu maju dan senang lenang. Belum pun ada bebrapa jutawan Melayu diwujudkan sesetengah menengah Melayu khususnya pembangkang dah lupa diri, nak serahkan kesamarataan dengan bangsa lain yang lebih kedepan dari segala segi. Kerajaan kini tidak sempurna dan tidak boleh menjadi seperti Arab Saudi kerana kepelbagaian Kaum. Apakah kita yakin PR dapat memerintah lebih baik dari kerajaan sekarang setelah beberapa negeri yang diperintah mereka sarat dengan konflik dan salahguna kuasa, sama seperti BN. BN memerintah 50 tahun lebih mungkin memberi peluang kepada pemimpinnya kaya, tetapi ini juga berlaku kepada negeri pimpinan PR. Kalau PAS boleh berdolak dalik tentang isu negara Islam dan Negara Kebajikan, Hudud dan sebagainya maka nampaknya mereka tidak konsisten dalam prinsip dan perjuangan. Kenapa sedari dulu tidak diperjuangkan negara kebajikan? kerana mereka tahu BN dah lakukan dengan cemerlang. Kini mereka berjaya dengan istilah Islam yang tertera pada nama dan pada kenbanyakan pemimpinnya. Rakyat hendaklah berfikir dan menilai sama ada mereka mengikut nilai Islam atau hanya memanipulasi islam itu sendiri untuk kepentingan tertentu. Kalau pembangkang sekali pun takkan bila kerajaan buat benda yang baik tidak perlu disokong? Nak harapkan PAS yang buat, apa yang mereka buat. hanya banyak ceramah untuk menerangkan keburukan dan kelemahan kerajaan yang ada untuk menutup kelemahan mereka dalam pemerintahan dan kemajuan. Orang sekarang sepatutnya protes PAS yang terang-terangan besekongkjol dengan kafir harbi laknatullah sedangkan suatu masa dulu mereka mengharamkan UMNO berbuat perkara yang sama iaitu tahaluf siyasi. Bila orang lain buat haram, bila mereka sendiri buat halal pulak? Inikah Islam sebenar? Bila kepada orang lain kroni, bila kena batang hidung sendiri bantu-membantu. Allah tidak maqbulkan hajat mereka dulu untuk menjahnamkan pemerintahan Tun M. Sebaliknya AI yang kena tulahnya. Baru-baru ni mereka doakan ribut untuk MY tetapi tiba-tiba rumah ahli mereka yang dilanda ribut.... Mungkin itu tanda supaya umat Islam tidak boleh berbangga dengan PAS sebaliknya kena baiki halatujunya bahkan berdamailah dan pimpinlah UMNO yang kurang Alim Ulamak agar dapat membentuk negara yang Mardhatillah.

    BalasPadam
  20. Guru tempat aku belajar di sekolah dulu pun orang kuat PAS. Kata kerajaan yang diterajui BN adalah haram. Tapi duit gaji yang diterima tiap tiap bula tak juga haram. masih makan lagi, beli rumah kereta.... Kalau Haram kenapa tak berhenti saja. Biar orang yang betul ikhlas saja yang menjadi Guru. Yang Menyayangi negara MALAYSIA. Bukan Yang MenghamPas Malaysia..... Semoga MALAYSIA KU terus aman dan damai...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online