BREAKING NEWS

Nak Islam selamat, TOLAK Pas!!! - Hasan Ali

Datuk Dr. Hasan Ali menyeru ahli dan penyokong tegar Pas menolak parti itu demi menyelamatkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.

Dalam siri jelajah ke-149 di padang Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini, malam tadi, Hasan menganggap beliau tertipu dengan parti itu yang kini tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan kepimpinan ulama.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, dua prinsip utama perjuangan Pas itulah yang mendorong beliau menyertai parti tersebut suatu ketika dulu meskipun sebelum itu telah berkhidmat lama dengan kerajaan.

"Saya percaya dua sebab inilah yang mendorong kita semua masuk Pas. Saya sendiri mempunyai banyak pilihan tetapi saya memilih Pas kerana terpesona dengan perjuangan negara Islam dan kepimpinan ulama yang mereka laung-laungkan.

"Tetapi saya berasa sangat tertipu kerana kedua-dua perjuangan ini sudah tidak lagi diutamakan kerana matlamat pemimpin-pemimpin Pas sekarang adalah Putrajaya," katanya di hadapan lebih 3,000 orang yang hadir di ceramah berkenaan.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Hasan berkata, Pas tidak lagi memperjuangkan negara Islam apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 tahun lalu menegaskan parti itu akan menegakkan negara berkebajikan di Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, prinsip perjuangan parti itu berubah setelah 70 peratus daripada barisan kepemimpinannya dikuasai oleh pemimpin sekular yang beliau sifatkan sebagai parasit.

"Pemimpin-pemimpin sekular ini fokus utama mereka adalah Putrajaya. Ketika saya menentang arak dan judi di Selangor dulu, DAP menentang habis-habisan kerana Putrajaya begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Lebih teruk apabila seorang pemimpin Pas datang ke rumah saya menyuruh supaya jangan terlalu bertegas soal arak dan judi itu kerana fokus utama sekarang adalah menawan Putrajaya dulu.

"Saya tidak boleh terima perkara itu kerana perjuangan saya, yang mungkar akan tetap mungkar. Dan disebabkan oleh perjuangan menegakkan Islam inilah saya akhirnya dipecat oleh Pas," tegasnya.

6 ulasan :

  1. salam 1 Malaysia..saya setuju dengan pendapat Dr. Hasan Ali tentang Pas. Sepanjang memerhati senario politik tanah air, saya hanya dapat katakan bahawa Pas menggunakan sensitiviti agama untuk kelansungan jangka hayat partinya. Saya semakin ragu-ragu dengan (kononnya) perjuangan mereka.

    BalasPadam
  2. Beramal sambil menumbuk lada
    Kelapa pula diperah hampas
    Beramal dengan islam yang ada,
    Kenapa perlu mengikut PAS!

    BalasPadam
  3. Dengartu bkn calang2 org yg ckP bukalah minda tu

    BalasPadam
  4. Perjuangan pemimpin2 PAS hanya mengimpikan PUTRAJAYA. ISLAM akan bertambah terbelakang & mudah dipermainkan oleh DAP & PKR. Sekarang pun sudah terbukti martabat ISLAM diketepikan, diperalatkan, dipermain2kan, inikan hendak memerintah negara. KUCAR KACIR

    BalasPadam
  5. biasala 2..... mase bercinta... kentut pun wangi..
    bila dh berpisah......blm kentut dh dapat bau busuk....

    BalasPadam
  6. anon 5 Julai 2012 3:07 PTG nie merepek pasal apa plak nie...org tgh cerita bab sensiviti agama yg dia plak dok cerita pasal kentut...kang wa kentut kat muka lu baru ada akal...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online