Seramai 30 ahli Pas dari Kampung Jilid 8, Kampung Gelam dan Kampung Teluk Che Lela, Merbok dekat sini mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.
Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain dalam satu majlis di sini hari ini.
Seorang petani, Abdul Mutalib Jaafar, 55, berkata, dia dan keluarga sudah muak dengan janji manis Pas yang tidak pernah ditunaikan.
Katanya, dia pernah menjadi ahli dan mengundi Pas sejak 20 tahun lalu tetapi dianaktirikan oleh pucuk pimpinan parti.
"Apabila berlaku masalah di kalangan penduduk, mereka tidak pernah cuba untuk selesaikan meskipun ia masalah kecil. Malah, mereka hanya menyerahkan bulat-bulat untuk diselesaikan oleh wakil UMNO," katanya kepada pemberita.
Abdul Mutalib memberitahu, keputusan menganggotai UMNO dibuat kerana merasakan parti itu mampu menjamin masa depan lebih cerah kepada mereka dan negara.
Sementara itu, Tajul Urus berkata, Pas telah banyak lari daripada perjuangan asal kerana taksub untuk berkuasa.
"Dulu Pas tuduh UMNO macam-macam namun sekarang mereka sanggup bekerjasama dengan DAP," katanya.
Kata beliau, perubahan yang dilakukan UMNO juga membuatkan mereka sedar hanya parti itu benar-benar berjuang untuk rakyat.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
inilah jadinya bila pucuk pimpinan mati pucuk..semuanya hancur beb..parti pas lemah sebab pucuk pimpinan dah mati pucuk kekekeke
BalasPadamYB RAZ,
BalasPadamsebab tu dalam HARAMKAH banyak iklan ubat RPM...
hehehe...
pejuang hamas...