Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin berani dan kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, mengulas mengenai temuramah ketua pembangkang dengan Financial Times (FT) baru-baru ini.
Dalam wawancara bersama FT, Anwar Ibrahim mengatakan jika gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) 13 ini, beliau akan bersara dalam politik dan kembali mengajar di universiti.
“Dengan menggeluarkan kenyataan sanggup untuk bersara dari politik jika tidak berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 ini, membuktikan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang berani,” kata Mohamad Sabu kepada The Malaysian Insider.
“Ertinya beliau yakin dengan kekuatan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.”
Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Anwar pernah diundang untuk mengajar dibeberapa universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Georgetown.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan persaraan politik Anwar benar-benar terjadi, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu mengatakan PR pasti mengemukakan pengganti kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
“Soal pengganti kepada Anwar bukanlah satu isu kerana PR mempunyai ramai pemimpin pelapis,” jelas Mat Sabu lagi.
“Persoalannya adalah apakah pengganti itu setanding dengan Anwar Ibrahim.”
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
yeaaa mat sabu sindir nik aziz sebenarnya..anwar kalau kalah dia nak berhenti tapi nik aziz tak reti reti nak berhenti hehehe
BalasPadam