Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beberapa berita negatif mengenai Malaysia yang disiarkan media Indonesia, disumbangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata penasihat PKR itu mempunyai kenalan di Indonesia termasuk dalam kalangan pengamal media yang membolehkannya menyalurkan berita negatif mengenai Malaysia.
"Selama ini gambaran yang diberikan kepada media Indonesia datang daripada Anwar. Berita-berita negatif (mengenai Malaysia) disumbangkan oleh Anwar padahal apa yang (sebenarnya) berlaku (di Malaysia) tidak sebegitu keadaannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek jalan dari Kampung Sungai Dulang ke Kampung Sungai Ipil di Bagan Datoh kelmarin.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatannya bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta, Indonesia Selasa lepas.
Katanya Anwar tidak sepatutnya memberikan gambaran negatif mengenai Malaysia kepada media Indonesia kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan di antara kedua-dua negara.
Ahmad Zahid berkata pada lawatan itu rombongan pemimpin Umno itu termasuk Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Umum Parti Golkar Aburizal Bakrie.
Katanya lawatan pemimpin Umno itu merupakan kunjungan balas kepada pemimpin parti Golkar yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini.
Beliau berkata setakat ini Umno mempunyai hubungan erat dengan empat parti politik terbesar di Indonesia iaitu Parti Demokrat, Golkar, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) dan Parti Keadilan Sosial Indonesia.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan