Mereka berbalah tentang isu rambut, aurat dan imej anda. Apakah komen anda mengenai perkara tersebut?
“Ia adalah isu lama yang berbangkit.”
Begitu ulas Datuk Siti Nurhaliza mengenai pertikaian peminat tentang imej dan penampilannya yang separa bertudung.
Bagi kebanyakan peminat, ramai yang berharap agar penyanyi nombor satu negara itu bertudung dengan sempurna, sementara sebahagian lagi boleh menerima penampilan Siti dengan baik.
Bagaimanapun isu pemakaian tudung Siti kembali menjadi hangat selepas sekeping gambar yang dimuat naik oleh Siti sendiri dengan menampakkan sebahagian rambutnya dalam laman sosial Instagram peribadinya menjadi perdebatan di kalangan peminat.
Macam-macam pandangan yang dilemparkan, sehingga menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa rambut wanita bukan aurat.
Sudah terbiasa dengan situasi tersebut, Siti dengan tenang meminta agar semua peminatnya menerima penampilan dirinya yang memang belum bertudung sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.
Ujarnya, “Saya sedar bahawa timbul beberapa komen negatif mengenai gambar saya dengan menampakkan rambut dalam Instagram saya. Namun, seperti selama ini yang sering saya katakan, saya memang belum bertudung litup, tetapi sekadar mengenakan selendang.
“Jadi saya amat berharap agar peminat memahami dan tidak lagi membangkitkan isu ini.”
Siti bagaimanapun berkata: “Namun saya tetap mempunyai keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna satu masa nanti.
SEMPURNAKAH SITI NURHALIZA TUTUP AURAT..
BalasPadamKER SKANDAR FESYEN JERK....
bodoh je semua peminat artis ni..meroyan pasal artis buat apa..sama bodoh dengan pencacai pembangkang..macam ler artis/ahli politik tu suap basuh kencing berak peminat/pencacai ni semua masa kecik dulu..
BalasPadamSaya sebagai seorang Islam menganggap issue tudung ini hanya perkara kecil dan tak perlu di besar-besarkan dan di paksa pemakaiannya di Malaysia. Kalau pergi Arab Saudi boleh la..
BalasPadamAdakah dengan memaksa perempuan Islam memakai tudung, dia secara automatic menjadi beriman & baik budi perkerti? Jikalau dia melakukan perbuatan buruk, keji atau jahat di khalayak ramai, tidakkah imej Islam akan terjejas, kerana dia memakai 'pakaian Islam'. Kalau dia tak pakai tudung , orang tak tahu agamanya. Orang akan sangka, dia Siam atau kaum lain yang punyai rupa paras sepert kita, Melayu. Di Malaysia, secara automatic Melayu itu Islam. Itu satu alasan kukuh, untuk mempertahan agama Islam di kalangan orang Melayu.
Pada zaman cyber, dimana berita begitu pantas tersebar, kita sebagai penganut agama Islam, mestilah sangat-sangat berhati-hati dalam segala tindak-tanduk demi memelihara kesucian Islam.
Sebagai contoh:-
Seorang rakyat Jepun merakam video perempuan melayu bertudung buang beg plastic dari kereta yang bergerak dijalanraya. Video itu kemudian disebar dalam YouTube. Mungkin dia tidak berniat untuk mengaibkan imej Islam, tapi kesannya amat buruk dimata masyarakat bukan Islam dunia.
Bagi rakyat Malaysia perbuatan buang sampah merata-rata adalah perkara biasa. Bagi orang barat perbuatan ini di pandang hina sekali. Saya pernah memandu bersama seorang Jepun duduk sebelah. Terbeliak matanya melihat orang yang mempamerkan imej Islam melakukan perbuatan itu. Katanya , di Jepun rakyat mereka hampir mustahil akan melakukannya. Mereka anggap perbuatan itu amat hina sekali. Malah saya pernah ditegah daripada memetik abu rokok keluar cermin kereta, semasa di sana.
CCTV pun banyak sekarang ni. Apakah imej Islam akan mulia kalau ada terdapat video seorang perempuan bertudung mecuri di pusat membeli-belah. Atau perempuan bertudung beromen di bawh pokok. Atau seorang budak perempuan bertudung sedang syiok mengeliat di raba & di jolok sekumpulan budak lelaki.
Atau penjenayah bukan Islam mengambil kesempatan, memakai tudung atau 'pakaian Islam' yang lain untuk menutup wajah, apabila melakukan jenayah. Apabila agama Islam di pandang serong, lebih-lebih lagi selepas Sept.11, 2001, adalah kurang bijak kalau kita mahu memaksa perempuan memakai tudung. Mungkin ada juga perempuan yang ingin memeluk Islam, tetapi tidak mahu memakai tudung
Adakah Allah(Al-Quran) menyuruh kita memperagakan apa yang orang Arab pakai dalam suasana panas dan lembab, seperti di Malaysia.
RD
wow... cun komen diatas ni... hihihi
BalasPadamBertudung adalah WAJIB dan itu HUKUM ALLAH. Kenapa perlu pertikaikannya?? wahai Datuk Siti Nurhaliza... anda mngatakan bhw anda akan menutup aurat/memakai tudung sepenuhnya satu hari nti. Masalahnya, ajal bole tiba tanpa menunggu satu hari nanti. Sy mendoakan semoga anda diberi hidayah oleh Allah SWT... (ramai dah rakan2 artis yg bertaubat, harap2 lpas ni kak siti la plak ye )
BalasPadam