BREAKING NEWS

Bila pompuan bertudung jadi model iklan BESARKAN payudara..


Korang rasa, perlu ke pompuan bertudung dalam iklan diatas tu tonjolkan payudaranya semontok mungkin bagi memenuhi KPI syarikat pengiklan?

Dia tak tahu ke menutup aurat tu bukan saja tutup rambut diatas kepala, tapi menjaga bentuk badan dari jadi perhatian bukan muhrim?

Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga"
(Sohih Bukhari)

Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Inilah dinisbahkan bagi perempuan yang pakai ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan.

Gua tengok.., hari ni ramai pompuan yang bertudung, tapi tak jaga aurat. Dorang bertudung tu bagus beb.., tapi pakai baju t-shirt ketat, jean ketat, tudung pendek atas dada dan jugak nipis.

Mungkin dorang salah sangka.., dorang tak tahu bahawa bertudung itu tak sama dengan tutup aurat.

Kalau dah bertudung tapi masih berpakaian seksi, itu tak dipanggil menutup aurat beb.. Nabi suruh pompuan TUTUP aurat..., bukan BUNGKUS ataupun TUDUNG aurat ye...

Kalau pompuan tu jenis pakai baju seluar ketat.., hakikatnya, beliau bukannya tutup aurat, tapi sedang membungkus aurat.

Dan kalau dorang tu jenis pakai baju dan tudung nipis.., hakikatnya dorang sedang menudung aurat, macam tudung saji. Boleh nampak beb apa yang ada dibawah tudung saji tu...

So...., pompuan dalam iklan diatas tu termasuk dalam kategori mana beb? Dan perlu ke beliau beraksi macam tu?

4 ulasan :

  1. salam
    macam mana nak letak widget fanpage macam kat sebelah ni ya? :)

    BalasPadam
  2. Memang banyak pun perempuan macam tu! berbungkus tapi bertelanjang! Kitab apa yang mereka pakai? Inilah akibat beragama ikut-ikutan! Mohon ustaz dan ustazah disekolah beri pengertian jelas dan luas mengenai menutup aurat kiepada anak didik. Menutup aurat tidak sama dengan bertudung!

    BalasPadam
  3. pompuan yg bertudung tapi berbaju ketat ni sebenarnya mintak kena main, tapi segan nak cakap.. tunjuk je le.. tak payah le nak nafi2 kan lagi.. kalau tak kejadahnya pakai ketat2 tu kalau bukan nak tunjuk susuk tubuh badan?

    BalasPadam
  4. Tidak dididik dengan sempurna

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online