Pekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Hi-Tech dekat sini, gempar dengan kewujudan lembaga manusia separuh badan yang dilihat berjalan di sekitar kawasan kilang menjelang waktu tengah malam.
Seorang pekerja yang tidak mahu dikenali berkata, sejak kebelakangan ini, lembaga itu semakin kerap ditemui pekerja dan ini mengakibatkan ada dalam kalangan mereka yang takut untuk pergi kerja.
Menurutnya, ada dalam kalangan pekerja yang mengalami penyakit aneh setelah pulang dari bekerja malam.
“Sebelum ini, seorang pekerja wanita berasa badannya seram sejuk ketika melalui lorong pintu keluar dari kilang untuk kebangunan sebelah. Selain itu, mangsa juga mengadu rambutnya ditarik dari belakang.
“Kerana ketakutan, mangsa lari dan mendapatkan bantuan dari rakan sekerja. Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku. Kami pernah ternampak lembaga manusia berbadan separuh berjalan di sekitar kawasan kilang pada waktu lewat malam,” katanya.
Menurutnya, kejadian ini sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbiran kilang tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil untuk memastikan masalah itu ditangani kerana lembaga yang dilihat berkeliaran di sekitar kilang masih berlaku.
Sementara itu, Pengerusi Pekida Labu Besar, Mohd Nordin Ismail yang melihat keadaan kilang itu berkata, pihak pentadbiran kilang seharusnya mengadakan majlis bacaan Yasin di surau untuk memastikan pekerja berada dalam keadaan selamat.
“Sebelum kawasan ini dibangunkan, ia merupakan kawasan hutan tebal dan pelbagai kejadian aneh sering berlaku. Semasa kerja-kerja meratakan tanah di kawasan ini dijalankan, ada beberapa pokok yang tidak boleh dipotong dan ia dibiarkan sehingga kini. Masalah ini bermula ketika bangunan kilang ini hendak memulakan pembinaannya.
“Kebanyakan pemaju akan mengadakan majlis pemujaan ditapak pembinaan meminta supaya kerja mereka tidak diganggu makhluk halus. Dengan cara ini perkara tidak diingini tidak berlaku sepanjang pembinaan dijalankan.
Setelah siap, tidak ada mana-mana pihak yang menjalankan upacara itu lagi. Ini mengakibatkan makhluk halus itu datang semula ke tapak kilang,” katanya.
Katanya, kebanyakan pemilik kilang bukan beragama Islam yang berhadapan dengan masalah ini akan mengadakan upacara pemujaan setiap tahun di kawasan lapang ditapak kilang mereka dirikan.
“Saya mencadangkan kepada pekerja dan pegawai yang beragama Islam untuk melapangkan sedikit masa mengadakan tahlil dan solat hajat supaya gangguan syaitan dan iblis dapat dihindarkan. Sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil, kejadian seperti histeria kemungkinan boleh berlaku,” katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Hahahahaha... bodoh ler manusia takut kat hantu tak der kepala. Lantak ler dia tak der kepala pun, hantam sama dia la.. Dia bkn boleh buat apa2 kat kita la. Kalau korang jumpa lagi, sila terajang jer hantu tu... hahaha..gelihati aku dgr benda nie. Actually hantu2 ni saja nak test korang jer. Kalau mcm tu pun dah takut, sah2 ler korang tak takut kat Tuhan...hehehehe. Sebaiknya kita TAKUT PADA KHALIK (ALLAH), BUKAN TAKUT PADA MAKHLUK (MANUSIA, HANTU, SETAN, IBLIS, JIN DLL). - Tok Raden Janggot Sadao Thailand. 012-458XXXX
BalasPadam