Hari ni baru gua tahu.., pelakon ngetop pujaan gua si Nora Danish tu rupanya ada campuran Myanmar.. Patutlah cantik bangett..
Tapi.., ada satu berita kurang best untuk para peminat Nora Danish.. Tahun ni dikhabarkan beliau akan balik beraya di Myanmar..
Menurut Nora Danish setiap tahun dia tidak akan menyambut hari raya secara besar-besaran.
Keluarga beliau selalunya akan melancong ke sesuatu destinasi percutian yang telah mereka tetapkan.
Dan untuk tahun ini, Nora telah merancang untuk bercuti di Myanmar iaitu di kampung halaman ibu Nora.
Menurutnya lagi, keluarga sebelah ibunya masih lagi ramai di Myanmar jadi Nora memperuntukkan paling lama 10 hari di sana untuk bercuti sambil menyambut Aidilfitri.
Nampaknya gua pun terpaksa booking tiket untuk ke Myanmar lah.. Terpaksalah gua kansel untuk buat rumah terbuka bersama Maya Karin tahun ni...
Kesian pulak bila fikirkan Nora terpaksa beraya sorang-sorang disana nanti.. Gua tahu Maya Karin akan faham keprihatinan gua yang melimpah ruah dengan kasih sayang ni... Hehehehe...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
BUAT PER BALIK MYANMAR KAN TENGAN ADA KONFLIK ROHINYA
BalasPadam