BREAKING NEWS

Umno mana faham erti dakwah.. - Bob Lokman

Umno tidak memahami apa itu dakwah lalu menuduh PAS terdesak dalam mencari populariti dalam pilihan raya yang semakin hampir, yang ternyata sebenarnya parti memerintah itu terdesak, kata Mohammad Hakim Lokman yang dikenali sebagai Bob Lokman, penulis lirik dan pelawak yang menyertai PAS.

Katanya, Umno yang menghina artis yang mahukan seni berunsurkan Islam, kerana enggan memberi permit dan ruang kepada mereka yang menjadi aktivis PAS.

“Dalam PAS, kita berdakwah. Tidak ada salahnya kita mendakwah kerana kerja ini adalah kerja yang mulia. Tak kiralah artis atau bukan, yang penting kita sama-sama menjalankan dakwah,” kata Bob Lokman (gambar).

Penulis lirik lagu popular Isabella ini juga berkata dia menyertai PAS kerana dia mahu ajaran Islam disebarkan melalui seni, pun begitu kerana perbezaan politik, terdapat banyak sekatan hingga beliau terpaksa fokus dalam bidang dakwah.

“Itu memang terpaksa kerana kita memang tak berada di tempat yang bebas hinggakan perbezaan politik dianggap sebagai musuh, melainkan kalau kerajaan bertukar dan kita ada harapan balik untuk jadi artis.

“Benda ni komtemporari, bila kerajaan dah berubah nanti, kita terpaksa berkorban demi perjuangan politik. nanti bila kerajaan sudah berubah, barulah kita kembali bergiat sebagai artis dengan jalan yang diredhai Allah, dalam masa sama kita juga berharap bahawa artis yang menyertai BN juga dapat belajar sesuatu apabila kita sudah menjadi kerajaan.

3 ulasan :

  1. Hello, Bob buntal, aku tiup nanti hang sesak nafas lagi sekali baru tau...hahahahahaaa

    BalasPadam
  2. Bob Lokman.. Lu nih dah mcm pak lawak.. tp Wa respek sama lu.. pasai Lu mau jadi artis balik nanti.. gila punya org..

    zoRRo..

    BalasPadam
  3. pendakwah biasanya zuhud..kalau ada alphard sedangkan rakyat marhaen hanya guna kancil..mana zuhudnya?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online