BREAKING NEWS

Harga kereta TURUN 60 peratus kalau Anwar jadi PM..

Kalau Anwar jadi PM lepas PRU13, korang akan menikmati harga kereta yang lebih murah sekurang-kurangnya 60 peratus dari harga sekarang..

Ia bermakna.., bila Anwar jadi PM nanti, korang semua boleh beli Honda Civic 2012 baru dengan harga RM 50K saja beb..

Tak percaya? Terpulanglah pada korang sebab itulah janji yang dibuat oleh Rafizi dan Pakatan untuk manifesto PRU13 dorang nanti..

Masalahnya sekarang.., janji-janji Anwar dan Pakatan ni semua boleh pakai ke beb? Manifesto PRU12 dulu pun langsung dorang tak tunaikan.., ada hati nak buat janji baru.. Hahahaha...

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta yang dianggap barangan keperluan sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

19 ulasan :

  1. Dato2 skalian....kereta xpnting woo...rumahhh ug pnting...turun laa hrga rumahh dulu bru kami mngundi hampa2 skalian

    BalasPadam
  2. Yahoo...!! Harga kereta turun 60%. aku suka...aku suka...Harga minyak pun turun...Bil air dan elektrik pun turun..Mcm mana dgn tambang bas dan teksi? Kasi percuma jugaklah, dato sri... Belajar dan tempat tinggal percuma...best nya... Seks bebas...wow sedappp!! Aku nak lah...aku nak lah...KALAU SEMUA DAH MURAH DAN PERCUMA, RAKYAT TAK PERLU KERJA LAH. KERAJAAN TANGGUNG SEMUA....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Statement ko ni bodoh banggang la... Harga kereta memang boleh diturunkan. Sebagai contoh kereta kia forte coupe kat malaysia harga rm118000. Di australia cuma aus 21000. Kalau convert pun x semahal harga kat malaysia. Faktanya malaysia antara negara paling banyak cukai di dunia.

      Padam
  3. janji bangang camni org2 bodo ja yg nk percaya. makanan org yg pndai menipu ialah org2 bodo yg mnyokong PR. sedarkah? bodo lgkah? mampus p lah haha !

    BalasPadam
  4. Sokong slogan hari Kebangsaan.. Janji... Janji... Janji ditepati!! Janji sempoi pun kantoi lagi nak cerita bulan bintang

    BalasPadam
  5. Ini cadangan nak pelingkupkan Proton, antara legasi Tun M yg popular selain Putrajaya dan KLCC. Idea ni dah lama difikirkan kerajaan mungkin akan laksanakan jika Proton mampu bersaing dgn jenama luar dan bersetuju dgn perjanjian AFTA dikalangan negara Asean. Perjanjian meliputi pengurangan cukai antara pengeluar/ pemasang kereta dikalangan negara Asia Tenggara.

    Hakikatnya kita mahu jadi negara peneraju, dgn pasaran kereta yg luas dan kemampuan teknologi, kita mahu lebih ramai pelabur datang ke Malaysia dan buka kilang pemasangan bagi mengelak cukai import. Maksudnya bukan sekadar jaga Proton.

    Orang yg tak berpandangan jauh bolehla terima tapi yg tau cerita akan faham. Jika kita bersetuju dgn AFTA mungkin satu hari nanti Laos akan muncul sebagai hub pengeluaran berdasarkan kos pengeluaran yg rendah dan cukai kjaan Msia yg rendah. Secara automatik prestij industri kereta Malaysia sbg akan jatuh. Kita tak perlu tergesa gesa lagipun rakyat kita mampu memiliki pelbagai jenama Jepun, Korea yg dipasang dikilang tempatan yg guna tenaga kerja dan teknologi tempatan... Ada juga sumbangan pd negara.

    BalasPadam
  6. Ingat mak Bapak depa punya kilang buat kereta ke suka hati buat janji yang dah tentu tak pernah ditepati...Bapak gay Dan Anak ikan punya janji cuma BETUL bila mereka berdua Ada kat Atas Katil je !!!!.

    BalasPadam
  7. "Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta"

    Kemungkinan ni benda yang belum pasti. Umpama mengharapkan buah gugur dari spesis pokok yang tak berbuah...

    BalasPadam
  8. JANJI DITEPATI!!!

    BUKAN JANJI DITABUR SANA SINI!!!

    BalasPadam
  9. aku nak tgu PR menang la.. then nak beli 10 buah kete wat perhiasan kat umah.. kete umah.. alang2 dah turun harga kete, minyak turun.. apa kata kasi hapus jer roadtax sama insurans.. hahaha pening2.. nak simpan kat mana kete byk2 nanti..

    BalasPadam
  10. Kalau kereta murah orang cina je yang untung..sebab mereka mampu membeli mez dan bmw. Org Melayu sekadar boleh beli proton murah je.. phulus tak ade. Yang untungnya siapa????.. Melayu perbodohkan Melayu..

    BalasPadam
  11. hari hari jem la mcm ni.budak sek pun leh bli kereta.malaysia pnuh kereta.haha,

    BalasPadam
  12. hmmmm...nanti boleh buat kelab geng sontot bontot...bahaya ni

    BalasPadam
  13. Jika semua jenis perniagaan atau perkhidmatan di negara ini adalah terbuka, aktiviti tawar menawar akan berlaku. Ini akan mewujudkan persaingan.
    1). Pengguna mendapat banyak pilihan
    2). Pengguna mendapat tawaran harga yang lebih rendah.
    3). Pengeluar/pembekal perkhidmatan perlu mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan dan produk tidak berkualiti seperti dijanjikan secara sendirinya terkeluarkan dari pasaran.

    Jadi tidak mustahil kalau harga kereta tak boleh diturunkan.

    Decisions in a free-market economy are influenced by the pressures of competition, supply, and demand.

    Elakkan monopoli perniagaan atau perkhidmatan sebab monopoli ditegah oleh agama.

    Monopoli tiada bezanya dengan riba sebab kedua-duanya ada unsur penganyaiaan.

    Penganiayaaan merupakan satu tekanan atau penindasan satu pihak ke atas satu pihak yang lain.
    Satu pihak bersikap tidak adil atau zalim ke atas pihak lain atau hanya menyebabkan mangsa itu tidak berpeluang mendapatkan haknya secara adil.
    Penganiyaan terhadap satu pihak atau makhluk yang lain dilarang keras dalam islam.

    Maaf saya cuma berkongsi ilmu dan pendapat. Semoga bumi yang kita pijak ini diberi rahmat oleh Yang Maha Esa.

    BalasPadam
  14. Korang umno sume bodo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno mmg bodoh. Masa PR cakap nak turunkan harga kereta depa cakap mustahil nanti kerajaan muflis. Tapi smlm BN umumkan penurunan 20-30% harga kereta. Boleh pulak turun. Kena ingat penurunan mesti dalam tahun ini atau sebelum 2015. Sebab 2015 harga kereta mmg akan turun kesan dari AFTA. Sepatutnya dari dulu turun tapi kerajaan nak lindungi proton dan perodua jadi kerajaan minta extend lagi.

      Padam
  15. bagus la bg semua percuma haha..tgk nnt ekonomi akan 'naik' hehe

    BalasPadam
  16. Cuba tukar dulu kita tgk mcmana

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online