BREAKING NEWS

HABISLAHHH.. Tun Mahathir buat hal lagi...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di hotel penginapannya di sini.

Dr Mahathir yang tiba pada 9 pagi ini meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Klaus.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas selaku menteri pengiring.

Dr Mahathir ketika ditemui pemberita kemudian, berkata beliau pernah bertemu Klaus pada 1996 yang ketika itu merupakan Perdana Menteri republik berkenaan dan sering berbincang mengenai pembangunan antara kedua-dua negara.

“Malaysia dan Republik Czech mempunyai banyak persamaan, antaranya dulu mereka juga menolak pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa seperti Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata Malaysia dan Republik Czech berpotensi untuk menjalinkan kerjasama erat dalam bidang berkaitan perindustrian.

“Banyak peluang pelaburan untuk rakyat dari dua buah negara ini terokai pada masa akan datang,” katanya.

Selepas pertemuan itu, Klaus bertolak ke Starhill, JW Marriott untuk merasmikan Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Republik Czech.

Klaus tiba di sini pada Rabu untuk lawatan negara selama lima hari ke Malaysia, bagi memenuhi jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. — Bernama


p/s: Anwar dan puak-puak pencacai Pok Nik mesti jeles giler beb dengan berita diatas... Dorang mesti tuduh Umno dah beli Presiden Republik Czech tu kann... Hahahahaha....

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online